DAKWAAN AHLI PARLIMEN SIKIJANG DISOGOK RM10 JUTA DAN JAWATAN, WIRA PUTRA LAPOR SPRM

410
SHARES
2.4k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

5 Mac 2021 | 21 Rejab 1442H

1. Pergerakan Wira PUTRA Malaysia jam 3 petang hari ini telah membuat laporan di SPRM Putrajaya berhubung kes tular di media sosial berkaitan dakwaan tawaran duit dan jawatan, cubaan beli Ahli Parlimen bagi menyokong YAB Perdana Menteri.

2. Wira PUTRA amat terkejut dengan pendedahan YB Ahli Parlimen Sekijang, YB Puan Hajah Natrah Ismail yang mendakwa dua individu menemuinya dan cuba menyogok dirinya selaku Ahli Parlimen agar berpaling tadah dan menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta akan memperolehi manfaat dengan pemberian sokongan tersebut. Salah seorang daripadanya didakwa bergelar Dato’ Seri.

3. Nilai cubaan berpaling tadah ditawarkan adalah sekitar RM10 juta dan dijanji jawatan, mengikut dakwaannya seperti dalam kenyataan dalam Facebook Ops Johor di pautan berikut;

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=849060935824708&id=301114980619309

4. Wira PUTRA melihat dakwaan ini amat serius dan mampu menjejaskan integriti Perdana Menteri. Justeru, demi membersihkan integriti Perdana Menteri dan menentukan kesahihan dakwaan YB Ahli Parlimen Sekijang ini, maka Wira PUTRA memohon SPRM segera menyiasat dengan memanggil dan merekodkan kenyataan mereka yang berkenaan.

5. Tan Sri Muhyiddin Yassin juga perlu memberi penjelasan berhubung dakwaan ini kerana ia turut melibatkan nama beliau selaku Perdana Menteri. Tohmahan yang tular ke serata dunia mencalar imej kerajaan dan institusi Parlimen Malaysia dan harus dibersihkan segera.

Sekian.

Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts