PUTRA MOHON PERKENAN YDP AGONG MENITAHKAN PARLIMEN BERSIDANG

354
SHARES
2.1k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PUTRA MALAYSIA

5 March 2021 | 21 Rejab 1442H

1. Merujuk kepada laman web Berita Harian di pautan; https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/789795/parlimen-boleh-bersidang-dalam-tempoh-darurat-agong .

Memetik kenyataan, “Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri“. 

2. Berdasarkan daripada kenyataan ini, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), merafak sembah dan memohon ampun, mohon izin Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah agar Tuanku memperkenan menetapkan satu tarikh yang dirasakan sesuai bagi mengadakan sidang Parlimen.

Sidang Parlimen yang diadakan ini adalah bertujuan bagi menyelesaikan segala kemelut politik yang semakin meruncing dan boleh menggugat kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

3. Daripada segi semangat demokrasi negara ini, ketiadaan sidang Parlimen juga telah ‘mencacatkan’ sistem Raja Berpelembagaan itu sendiri.

4. Oleh itu sekali lagi, PUTRA mohon perkenan YDP Agong agar dapat menitahkan tarikh persidangan Parlimen secepat mungkin tatkala kes COVID-19 ini masih terkawal.

Sekian.

Ashraf Bin Rosli

PUTRA PERKASA NEGARA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts