KU LI: UMNO WAJIB PUTUSKAN KERJASAMA DENGAN BERSATU, TOLAK MUHYIDDIN SELAKU PERDANA MENTERI

369
SHARES
2.2k
VIEWS

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menggesa Majlis Tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat tergempar bagi mengambil keputusan supaya kesemua ahli-ahlinya wajib memutuskan kerjasama dengan Parti Bersatu.

Menurut Ahli Parlimen Gua Musang itu yang turut dikenali sebagai Ku Li, perkara ini wajar diputuskan demi mengikut semangat dan kehendak Perwakilan 147 Bahagian UMNO selain wajib mengundi bagi menolak Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan Perikatan Nasional.

Majlis Tertinggi mesti mengadakan Mesyuarat Tergempar memutuskan supaya kesemua ahli-ahlinya wajib memutuskan kerjasama dengan Parti Bersatu mengikut semangat dan kehendak Perwakilan 147 Bahagian UMNO. Serta wajib mengundi menolak pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan ketua Kerajaan Perikatan Nasional.”

Ku Li turut meminta Ahli-ahli Parlimen daripada semua parti-parti komponen Barisan Nasional turut mengundi bagi menolak kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sebelum Parlimen dipanggil bersidang.

Serta meminta Ahli-ahli Parlimen daripada semua parti-parti komponen Barisan Nasional turut sama mengundi menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan sebelum Parlimen dipanggil bersidang dalam bulan Mac 2021 ini” – YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. 

Justeru UMNO wajar meneliti perkara ini demi kebaikan sendiri yang dibimbangi akan ditolak rakyat jika UMNO masih bersama Perikatan Nasional yang dilihat kini tiada bezanya dengan Pakatan Harapan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts