KERAJAAN SEPATUTNYA AKUR TITAH YDP AGONG PERKENAN SIDANG PARLIMEN

346
SHARES
2k
VIEWS

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Apabila YDP Agong sudah berkenan agar sidang Parlimen diadakan ketika tempoh darurat, maka tugas kerajaan adalah memastikan ia dapat dilaksanakan. Bukannya ditolak atas sebab data, sains atau apa alasan sekalipun.

Jangan bimbang dengan risiko kemungkinan Perdana Menteri kehilangan majoriti apabila sidang Parlimen dibenarkan. Ketika tempoh darurat, kerajaan ini bukan lagi kerajaan awam. Ia adalah kerajaan yang ditadbir oleh YDP Agong.

Cuma Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menjadi Perdana Menteri kerana baginda berkenan untuk melantik atau mengekalkan beliau dan anggota kabinet lain bagi membantu urus tadbir negara.

Undi Dewan Rakyat tidak akan diambil kira ketika tempoh darurat. Kalah 10 kali undi tidak percayapun TS Muhyiddin masih akan kekal sebagai Perdana Menteri selagi mana YDP Agong mahukan beliau di situ.

Kena faham bahawa hari ini, negara kita sedang ditadbir melalui Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021. Apa-apa yang berlaku sekalipun, mesti dirujuk semula kepada seksyen di dalam peruntukan ordinan ini.

Sekiranya masih terdapat kelemahan bagi memastikan Parlimen berfungsi sepertimana kehendak YDP Agong, maka baginda boleh menitahkan tambahan seksyen baru termasuk menyekat sebahagian fungsi Parlimen.

Ini bagi memastikan agar segala perbahasan adalah hanya bagi memenuhi aspirasi rakyat.

Apa yang kerajaan perlu lakukan adalah memastikan kehendak dan maksud titah YDP Agong terlaksana. Sekiranya alasan kebanyakan Ahli Parlimen telah tua dan berisiko tinggi untuk dijangkiti, maka persidangan masih boleh diadakan secara maya.

Dengan approval rating TS Muhyiddin yang merosot kepada 19 peratus pada akhir bulan lepas berbanding 65 peratus pada Julai 2020, kerajaan sebenarnya tiada banyak pilihan untuk menawan hati rakyat.

Dan dilihat penakut, bukan salah satu daripada pilihan yang ada.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts