KU LI ULANGI GESAAN AHLI PARLIMEN UMNO KELUAR PERIKATAN NASIONAL

390
SHARES
2.3k
VIEWS

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah mengulangi gesaannya agar Ahli Parlimen UMNO yang berada dalam kabinet Perikatan Nasional ketika ini segera berhenti dan keluar daripada Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Gua Musang yang juga dikenali sebagai Ku Li dipetik berkata gesaan tersebut dibuat agar mana-mana Ahli Parlimen yang mengaku dirinya UMNO dan masih “bersemangat UMNO” dapat bersama yang lain memberi masa untuk menguatkan parti. Ini bertujuan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang dijangka tidak lama lagi, melainkan kerajaan bercadang melanjutkan darurat.

Kalau telah disahkan bahawa UMNO sudah putus hubungan dan putus kerjasama dengan Bersatu dalam Kerajaan PN, mereka yang mengaku dirinya UMNO dan bersemangat parti UMNO segera berhenti dan keluar Kabinet Muhyiddin dan bersama dengan anggota parti yang lain tumpukan masa menguatkan jentera parti untuk hadapi PRU akan datang yang bakal diadakan tak berapa lama lagi.

Ku Li turut menggesa semua Ahli Parlimen UMNO sama-sama bersedia untuk mengundi di Dewan Rakyat bagi menentukan keabsahan kerajaan. “Bagi Ahli-ahli Parlimen bersedia dengan berbekalkan semangat setiakawan untuk bersama-sama mengundi dalam Dewan Rakyat menentang Kerajaan Perikatan Nasional yang tidak mempunyai keabsahan itu.

Gesaan beliau ini diulangi apabila Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan membuat kenyataan bagi menangguhkan sidang Parlimen hingga 1 Ogos depan, walaupun sebelum itu Seri Paduka Baginda Yang DI-Pertuan Agong telah menzahirkan hasrat Parlimen boleh bersidang ketika darurat.

Penangguhan ini juga dilihat banyak pihak bagi ‘memanjangkan hayat’ Perikatan Nasional kerana sebelum ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa Parlimen akan dibubarkan sebaik sahaja darurat ditamatkan.

Justeru jika darurat tidak dilanjutkan atau ditamatkan lebih awal maka dijangka PRU-15 akan diadakan selewat-lewatnya pada Oktober 2021 iaitu 60 hari selepas Parlimen dibubarkan.

Oleh kerana itu, Ahli-ahli Parlimen UMNO dalam Kabinet Perikatan Nasional wajar keluar segera dan menumpukan usaha menguatkan parti dalam menghadapi PRU-15, seperti yang dinasihatkan oleh Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO sendiri.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts