• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Monday, April 5, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

KITA BERSAMA MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) DALAM ISU IKI PUTRA MUBARAK

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
March 2, 2021
in Bicara Agama, Utama
0
KITA BERSAMA MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) DALAM ISU IKI PUTRA MUBARAK
32
SHARES
351
VIEWS

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR 

2 Mac 2021 l  18 Rejab 1442

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menyokong penuh kenyataan media oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhubung isu Iki Putra Mubarak apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kesalahan jenayah liwat (seks di luar tabii) yang terkandung di dalam Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (EJS 1995) adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

2. Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut hanya membincangkan dari sudut keabsahan punca kuasa dalam penggubalan sesuatu hukuman menerusi bidang kuasa antara Persekutuan dan Negeri. Ia bukan menafikan liwat sebagai satu kesalahan jenayah (seks luar tabii) kerana ia masih tertakluk sebagai kesalahan jenayah di bawah bidang undang-undang jenayah sivil (seksyen 377 Kanun Keseksaan).

3. Amat pelik, kumpulan LGBT menganggap keputusan Mahkamah Persekutuan sebagai sorakan kemenangan bagi pihak mereka, sedangkan bukan sahaja agama melarangnya, malah moral kita dalam masyarakat Malaysia tetap memandangkan satu kesalahan dan perkara yang jijik. Jelas ia bercanggah dalam prinsip rukun negara yang berkaitan kesopanan dan kesusilaan.

3. Malah, Pakar Perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz dalam satu webinar anjura Persatuan Ulama Malaysia (PUM) ketika mengupas soal ini menekankan aspek moral yang merupakan perkara besar. Maka liwat adalah kesalahan kerana jelas bertentangan dengan moral, cuma bezanya soal punca kuasa bagi bidang mahkamah sahaja yang berbeza antara sivil dan syariah mengikut peruntukan yang sedia ada.

4. Dalam hal ini juga kita menyokong kenyataan tegas oleh Timbalan Menteri Agama, YB Ahmad Marzuk bahawa dalam isu ini jelas peranan dan usaha umat Islam serta pihak autoriti bukan sekadar mempertahankan bidang kuasa mahkamah syariah malah akan terus diperkasakan lagi bagi memartabatkan pelaksanaan perundangan syariat Islam secara menyeluruh dari semasa ke semasa.

5. Sangat biadap penyokong LGBT yang cuba memanipulasikan isu ini seakan mereka lupa asal usul agama dan tempat mereka berada di negara ini yang jelas tidak pernah sesekali menyokong tindakan songsang yang keji dan jijik tersebut. Sebagai respons balas dalam isu ini, DPPNS telah membuat laporan polis semalam bagi diambil tindakan lanjut, malah digerakkan seluruh DPP Kawasan-kawasan untuk mengambil langkah yang sama.

6. DPPNS menyatakan sokong penuh terhadap pendirian MAIS dalam isu ini terhadap akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dan dalam masa yang sama tegas terhadap reaksi mengenai kesalahan jenayah liwat tetap merupakan satu kesalahan yang menyanggah larangan daripada Allah SWT.

Memimpin Negara

Pemuda Bangkit Demi Islam

Ustaz Hanafi Zulkapli

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

https://www.facebook.com/237277690345071/posts/934268127312687/?d=n

Tags: Dewan Pemuda PAS SelangorIki PutraLGBTUstaz Hanafi Zulkapli
Previous Post

CUTI DUA DARJAT ANTARA TIMBALAN MENTERI DAN RAKYAT BIASA

Next Post

JANGAN ‘MANDULKAN’ AMALAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

PAS AKAN MERAMPAS KEMBALI HULU LANGAT

PAS AKAN MERAMPAS KEMBALI HULU LANGAT

April 4, 2021
IKI PUTRA HARUS TERIMA HUKUMAN BERAT DAN ENAKMEN SYARIAH WAJIB DIPERKASAKAN

IKI PUTRA HARUS TERIMA HUKUMAN BERAT DAN ENAKMEN SYARIAH WAJIB DIPERKASAKAN

March 2, 2021
PENCEMARAN SUNGAI: KERAJAAN DIDESAK JANGAN LAGI BELA KILANG HARAM

PENCEMARAN SUNGAI: KERAJAAN DIDESAK JANGAN LAGI BELA KILANG HARAM

November 11, 2020
LAGI PENCEMARAN AIR SELANGOR, MENTERI BESAR PERLU LETAK JAWATAN

LAGI PENCEMARAN AIR SELANGOR, MENTERI BESAR PERLU LETAK JAWATAN

November 10, 2020
BOIKOT PRODUK TANDA PROTES KEBIADABAN PRESIDEN PERANCIS

BOIKOT PRODUK TANDA PROTES KEBIADABAN PRESIDEN PERANCIS

October 28, 2020
ANAK MUDA SELANGOR MEMBERI KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

ANAK MUDA SELANGOR MEMBERI KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

October 25, 2020

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In