IKI PUTRA HARUS TERIMA HUKUMAN BERAT DAN ENAKMEN SYARIAH WAJIB DIPERKASAKAN

385
SHARES
2.3k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS HULU LANGAT

18 Rejab 1442H | 2 Mac 2020

Susulan dari laporan polis yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor petang semalam di Shah Alam, kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat (DPPHL) juga turut membuat laporan polis yang sama malam tadi.

Laporan dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan, Zurk Ahmad di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang. Laporan ini dibuat bagi tujuan berikut:

1. Membangkitkan kesedaran umum berkaitan kes ini yang amat membimbangkan adalah, ada pihak-pihak yang melakukan kesalahan yang bertentangan dengan hukum syarak dan didakwa di Mahkamah Syariah akan mengambil kesempatan dengan mencabar lebih banyak keabsahan undang-undang syariah yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri di Mahkamah Sivil.

2. Sekiranya diabaikan kami yakin lebih ramai pihak akan tampil mencabar undang-undang sedia ada, dan dikhuatiri Badan Perundangan Negeri seperti tidak ada kuasa lagi untuk membuat undang-undang jenayah syariah sekali gus menghakis kuasa Sultan-sultan.

3. Isu ini telah memberi tamparan hebat kepada pengamal undang-undang Islam negara dan khususnya di negeri Selangor kerana keputusan tersebut akan membuka ruang kepada mana-mana pihak lain untuk mencabar peruntukan-peruntukan lain yang terdapat dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri-negeri.

DPPHL mencadangkan agar satu usaha wajar diambil agar Undang-undang Sivil yang berteraskan Undang-undang Lazim (common law) dapat diharmonikan dengan Undang-undang Syariah juga akan diletakkan sebagai langkah utama yang boleh dibuat dalam memperkasakan Undang-undang Syariah daripada sudut yang lebih besar.

Namun yang demikian, kami DPPHL ingin tegaskan bahawa, dalam kita memperkasakan Undang-undang Syariah, kita juga tidak boleh lalai dalam menjaga asas sedia ada supaya jangan sampai diruntuhkan.

Pada waktu Undang-undang Syariah diserang hebat oleh golongan-golongan tertentu secara sistematik, kami mengajak agar kita sama-sama bersatu dalam usaha mempertahan dan memperkasakannya.

ZURK AHMAD

Ketua Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts