MUHYIDDIN KATA TIADA SIDANG PARLIMEN, SEBALIKNYA YDP AGONG PERKENAN SIDANG DITERUSKAN

705
SHARES
4.1k
VIEWS

Titah Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat, dilihat bertentangan dengan hasrat kerajaan sebelum ini yang menggantung Parlimen ketika darurat.

Ini jelas boleh dinilai melalui kenyataan Istana Negara sendiri iaitu;

Oleh hal yang demikian, tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat.

Perlu ditegaskan di sini bahawa perkenan Seri Paduka Baginda kepada nasihat Perdana Menteri berkenaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat pada 12 Januari 2021 adalah semata-mata sebagai langkah proaktif membendung gejala wabak Covid-19 yang telah meragut lebih 1,000 nyawa setakat ini.”

Titah baginda disampaikan oleh Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin yang menjelaskan bahawa perkara itu termaktub dalam subperenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Sehubungan itu, jelas tidak salahlah desakan banyak pihak yang mendesak kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini agar meneruskan Sidang Parlimen demi memberi keseimbangan politik dan proses semak dan imbang bagi sebarang keputusan kerajaan, kerana dalam titah proklamasi darurat YDP Agong sebelum ini juga langsung tidak menyatakan mengenai penggantungan Parlimen, sebaliknya ia dinyatakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan daruratnya di perenggan 21.

“21. Selain itu, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak akan bersidang sehingga suatu masa yang ditetapkan oleh Yang Di-Pertuan
Agong.” – walaupun kerajaan masih boleh ‘spin‘ perutusan Perdana Menteri ini tetapi ia dilihat oleh semua pihak sebagai ‘menggantung’ Parlimen, yang tidak sepatutnya perenggan ini dimasukkan dalam perutusan beliau sebelum ini.

Ini antara kesilapan besar Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam menyediakan teks yang membuatkan Muhyiddin sendiri kini menanggung padahnya kerana dilihat takut berdepan dengan Sidang Parlimen. 

Selain itu, Seri Paduka Baginda turut menegaskan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berteraskan prinsip Keluhuran Perlembagaan, setiap cabang pentadbiran negara sama ada pihak Eksekutif, Kehakiman mahupun Parlimen haruslah sentiasa akur kepada prinsip tersebut.

Justeru titah YDP Agong telah menjernihkan suasana yang dipolitikkan oleh kerajaan sendiri yang mungkin terdesak mahu mengekalkan kuasa di sebalik proklamasi darurat – yang sebenarnya tidak perlupun kepada penggantungan Parlimen seperti dijelaskan oleh Istana Negara. 

Daulat Tuanku. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts