VAKSIN BELUM DIWAJIBKAN, KERAJAAN UMUM BERI GANTI RUGI JIKA ADA KESAN SAMPINGAN

378
SHARES
2.2k
VIEWS

Setakat ini kerajaan Perikatan Nasional masih belum merancang untuk mewajibkan vaksin Covid-19 pada fasa kedua dan ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sekiranya kadar pengambilan masih rendah.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang dipetik berkata, kerajaan ketika ini masih mengekalkan pendiriannya, iaitu pengambilan vaksinasi Covid-19 adalah secara sukarela.

Namun Khairy turut berkata kerajaan akan pertimbangkan polisi lain jika tidak ramai yang mengambil vaksin. “Kita tengoklah nanti kalau sekiranya tidak ramai, kita akan pertimbang polisi lain,” katanya ketika sidang media selepas ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Persoalannya adakah ‘polisi lain’ yang dimaksudkan adalah untuk mengehadkan pergerakan rakyat ke premis-premis perniagaan termasuk restoran, seperti yang dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini?

Kerajaan wajar mewujudkan keyakinan terhadap vaksin terlebih dahulu bukannya mewujudkan ketakutan dalam kalangan masyarakat dengan ‘ancaman’ mengehadkan pergerakan.

Rujuk pautan;

https://editormalaysia.com/21755/

Selain itu Khairy turut mengulangi bahawa kabinet bersetuju mewujudkan skim bagi melindung penerima vaksin Covid-19 sekiranya mereka mengalami kesan sampingan yang serius.

Untuk perlindungan kepada mereka yang ada kesan sampingan serius, jemaah menteri telah putuskan pada mesyuarat khas minggu lalu bahawa kita akan wujudkan satu skim.”

Skim ini adalah untuk memberi perlindungan dan bayaran ex-gratia (ganti rugi) kepada sesiapa yang ada kesan sampingan yang serius, yang dapat dikaitkan secara langsung dengan pemberian vaksin.” 

Singapura lebih awal mengumumkan skim yang sama iaitu “Vaccine Injury Financial Assistance”  sekiranya berlaku kesan sampingan termasuk kecacatan kekal dan kematian. 

Jika kerajaan peka tentu kaedah membina kepercayaan lebih mudah dilaksanakan termasuk skim perlindungan yang baru diluluskan kabinet, bukannya bersifat hukuman serta melabelkan rakyat yang masih ragu-ragu dengan vaksin sebagai ‘antivax‘ dan ‘conspiracy theorist‘. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts