• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Tuesday, March 2, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

UMNO DITAWAR JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI?

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
February 19, 2021
in Ulasan, Utama
0
UMNO DITAWAR JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI?
28
SHARES
308
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Saya mendengar ura-ura bahawa Tan Sri Muhyiddin akan menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada UMNO.

Ini untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang amat goyah sekarang umpama telur di hujung tanduk.

Muhyiddin sedang terdesak, dia akan buat apa sahaja sekarang.

Namun tawarannya ini sudah terlambat dan tidak berguna lagi.

Buat apa terima jawatan TPM untuk dua tiga bulan waima setahun di mana tidak banyak perubahan yang boleh dibuat hanya untuk menyelamatkan Muhyiddin dan PPBM yang sedang tenggelam dan hampir karam.

Malah untuk satu jawatan ini yang hanya untuk jangka masa yang pendek, PPBM pastinya menuntut UMNO mengorbankan banyak perkara, ini tidak menguntungkan malah merugikan kita dan akar umbi serta orang-orang Melayu dalam jangka masa sederhana, panjang atau selama-lamanya.

Saya tidak rasa pemimpin-pemimpin UMNO begitu naif dan mentah untuk galak dan teruja dengan tawaran terdesak dan terlambat Muhyiddin serta PPBM ini.

Dan sebelum ini juga saya telah kata, jika UMNO terima jawatan TPM ini, ia besar kemungkinan akan memecah belahkan parti.

Malah majoriti akar umbi telahpun membuat keputusan menolak PPBM dalam mesyuarat-mesyuarat perwakilan baru-baru ini.

Oleh itu sesiapa yang menerima jawatan ini akan dilihat oleh akar umbi sebagai menggadaikan UMNO untuk kepentingan diri sendiri.

Tambahan lagi jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak mempunyai banyak kuasapun untuk membuat dasar dan perubahan untuk rakyat, malah setahun kebelakangan ini jawatan itu tidak diisipun menunjukkan ia bukanlah kritikal.

Oleh itu tidak masuk akal untuk UMNO terima jawatan ini sekarang.

Sebenarnya jika Muhyiddin ikhlas dengan UMNO, dari awal dia jadi Perdana Menteri dahulu dia sepatutnya telah tawarkan jawatan ini kepada UMNO, tetapi tidak.

…….

Saya telah tekankan sebelum ini jika PPBM ikhlas mahu menyatukan orang-orang Melayu dan bukan hanya pentingkan diri dan jawatan mereka (PPBM), mereka perlu bubarkan parti kecil mereka dan kembali ke pangkuan UMNO.

Tidak masuk akal untuk parti yang besar seperti UMNO pula disuruh mereka (PPBM) untuk dibubar dan 3.8 juta ahli-ahli UMNO dikerah masuk PPBM.

Jika UMNO dibubar, 3.8 juta ahli UMNO tidak akan masuk PPBM tetapi akan bertempiaran dan berpecah belah dan banyak lagi parti serpihan akan ditubuh.

Sekiranya ini berlaku perpecahan orang-orang Melayu akan menjadi lebih teruk dek kerana perbuatan parti PPBM yang ditubuh Mahathir dan Muhyiddin ini.

Yang lebih masuk akal ialah PPBM yang kecil dan tidak berakar umbi perlu dibubar dan kembali kepada UMNO sepertimana yang dibuat oleh parti Semangat 46 dahulu.

UMNO adalah parti yang besar dengan pucuk pimpinan di atas dan akar umbi yang kuat dan besar di bawah.

Berbanding dengan PPBM yang tiada badan dan tiada kaki tetapi hanya besar di kepala.

UMNO adalah parti lama dan keramat, ia tidak akan korbankan maruah diri untuk menjadi badan dan kaki tangan kepada parti pengkhianat dan pemecah belah seperti PPBM.

Oleh itu, untuk penyatuan ummah dan penyatuan Melayu, saya sarankan supaya Muhyiddin dan PPBM membuang ego dan kepentingan diri dan jawatan-jawatan mereka, serta kembalilah ke pangkal jalan.

Sudah tiba masanya Tan Sri (Muhyiddin) dan Tun (Mahathir) mengundur diri.

Salam.

19 Februari 2021

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/920680235354168/?d=n

Tags: BersatuIsham JalilMuhyiddinTimbalan Perdana MenteriUMNO
Previous Post

SAMAN RM10 JUTA OLEH PERDANA MENTERI

Next Post

KENAKAN HUKUMAN LEBIH BERAT BAGI KES RASUAH

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

MUHYIDDIN PERLU BUAT TIGA PERKARA YANG BETUL

MUHYIDDIN PERLU BUAT TIGA PERKARA YANG BETUL

March 2, 2021
PUNCA DUA AHLI PARLIMEN PKR MELOMPAT PARTI

PUNCA DUA AHLI PARLIMEN PKR MELOMPAT PARTI

February 28, 2021
MUHYIDDIN KATA TIADA SIDANG PARLIMEN, SEBALIKNYA YDP AGONG PERKENAN SIDANG DITERUSKAN

MUHYIDDIN KATA TIADA SIDANG PARLIMEN, SEBALIKNYA YDP AGONG PERKENAN SIDANG DITERUSKAN

February 24, 2021
KENYATAAN WAN FAYHSAL DISINDIR SHABERY CHEEK, BUKTI BERSATU KETANDUSAN PEMIMPIN BERKUALITI

KENYATAAN WAN FAYHSAL DISINDIR SHABERY CHEEK, BUKTI BERSATU KETANDUSAN PEMIMPIN BERKUALITI

February 24, 2021
UMNO KONSISTEN TOLAK JAWATAN TPM DAN KERJASAMA DENGAN BERSATU

UMNO KONSISTEN TOLAK JAWATAN TPM DAN KERJASAMA DENGAN BERSATU

February 21, 2021
MALAYSIAKINI DIDENDA RM500K: ADA APA DENGAN PEMIMPIN UMNO?

MALAYSIAKINI DIDENDA RM500K: ADA APA DENGAN PEMIMPIN UMNO?

February 21, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In