SHAFEE: PENDAKWA TIDAK BERSEDIA, DOKUMEN DIBERI LEWAT

360
SHARES
2.1k
VIEWS

Peguambela kepada Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa pihak pendakwaan tidak bersedia untuk melakukan pendakwaan terhadap anak guamnya.

Pihak pendakwaan memberikan dokumen berkaitan kes yang didakwa terhadap Najib kepada beliau pada hari ini, selepas tiga kali pihak pembelaan meminta dokumen tersebut, berkaitan kes yang disebut pada 4 Julai lalu.

“Mereka hari ini baru bagi dokumen yang diminta. Sudah berminggu-minggu (minta dokumen tersebut).”

“Mereka kata dah lama siap (dokumen berkenaan) tetapi hari ini baru dia bagi.”

“Jadi kita beritahu hakim, tak boleh tergesa-gesa ambil tarikh perbicaraan, sebab kita kena tengok dulu dokumen tersebut, kena kaji dulu dan baru boleh pilih tarikh.”

“(Pihak pendakwa) tidak bersedia.”

“Kita minta banyak kali sebab Orang Kena Tuduh ada hak untuk lihat apa dia bukti yang kamu (pendakwaan) katakan dia bersalah, baru dia boleh buat dia punya pembelaan.”

Datuk Seri Najib, 65, didakwa dengan tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International Sdn Bhd pada Julai lepas dan beliau mengaku tidak bersalah berhubung dakwaan tersebut.

Pada sidang media sama, Tan Sri Shafee juga memberitahu pihak pendakwa dilihat tidak bersedia kerana hanya memberikan dokumen setebal 355 muka surat dalam bentuk cakera padat (CD).

Sehubungan itu beliau mendakwa pihak pendakwa tidak berlaku adil kerana memberi dokumen di saat akhir.

“Dokumen baru bagi hari ini itu pun dalam bentuk CD, dia tak print.”

“Pernyataan bertulis Najib juga baru hari ini dia bagi. Sepatutnya pada hari pertuduhan dia dah bagi semua. Nampak sangat pendakwa raya tidak bersedia dan tidak berlaku adil setakat ini.”

Selain itu, hari ini sekali lagi Datuk Seri Najib dibawa ke mahkamah bagi menghadapi tiga pertuduhan membabitkan dana SRC International mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts