KENYATAAN SHAMSIAH MENGENAI MORATORIUM DIKECAM, LEBIH BAIK LETAK JAWATAN

543
SHARES
3.2k
VIEWS

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus mengatakan bahawa, “berdasarkan sebanyak 55 peratus peminjam memilih pelanjutan moratorium, manakala 45 peratus lagi sebaliknya memilih pengurangan ansuran bulanan”, membuktikan bahawa kononnya bukan semua peminjam mahukan moratorium bagi pinjaman yang dibuat mereka. 

Kenyataan dangkal yang dilihat hanya mementingkan pihak bank ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh beliau dan hanya dilihat seolah-olah menjadi jurucakap bagi pihak bank.

Sebagai rekod pihak bank tetap mencatat keuntungan walaupun negara masih berdepan ancaman pandemik Covid-19 sejak setahun yang lepas. Rujuk pautan; https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/596685/amp

Kenapa BNM perlu berfikir bagi pihak bank untuk melindungi dasar yang membebankan peminjam? Sepatutnya kerajaan yang menugaskan beliau di BNM ini berfikir daripada sudut rakyat yang terkesan emosi dan terbeban kewangannya dan bukan memberi pelbagai alasan. 

Jika beliau tidak mampu berbuat sedemikian dan tidak mahu berfikir untuk membantu rakyat maka adalah lebih baik beliau meletakkan jawatan sebelum ‘diundurkan’ seperti yang berlaku kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Alizakri Alias. 

Sebelum ini Alizakri juga bertindak beriya melindungi kepentingan KWSP dengan memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah, tetapi akhirnya kerajaan terpaksa akur desakan rakyat yang menyebabkan beliau sendiri tercampak keluar. 

Shamsiah tidak sepatutnya memberi alasan pelaksanaan moratorium secara bersasar lebih tepat berbanding moratorium secara ‘pukul rata’ kerana rakyat yang tidak terkesan dan tidak memerlukan moratorium boleh terus membayar seperti biasa tanpa ada masalah dan pihak bank tentu berbesar hati menerimanya dengan tangan terbuka. Bahkan cara ini lebih mudah dan lebih ramai rakyat beroleh manfaat. 

Ini jelas memperlihatkan bahawa peminjam tidak meminta moratorium (secara) ‘pukul rata’. Mereka tidak mahukan satu penyelesaian untuk semua masalah.” Rujuk pautan; https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/11/bukan-semua-peminjam-mahu-moratorium-pukul-rata-kata-gabenor-bnm/

Shamsiah juga berkata setakat 31 Disember lalu, seramai 1.4 juta peminjam memohon bantuan pembayaran balik dengan bank di mana kadar kelulusan adalah 95 peratus, yang turut membuktikan jutaan rakyat sedang susah. 

Selain itu bukankah 55 peratus peminjam yang memilih pelanjutan moratorium ini menunjukkan lebih separuh daripada peminjam terkesan memerlukan bantuan? Baki “45 peratus yang memilih pengurangan ansuran bulanan” ini juga tetap menjadi bukti rakyat sedang menghadapi kesukaran dan bukannya ‘suka-suka’ mencari jalan mengurangkan pembayaran mereka.

Justeru apa sahaja alasan Shamsiah, melalui data beliau sendiri menunjukkan bahawa berjuta peminjam terkesan yang sepatutnya dibantu BNM dan bukannya berterusan melindungi dasar yang hanya menguntungkan pihak bank.

Jangan sehingga beliau sendiri akhirnya terpaksa mengikut jejak langkah Alizakri, sebaliknya BNM perlu menyegerakan moratorium tanpa syarat bagi membantu rakyat yang kini berada dalam keadaan darurat. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts