MEMOIR TOMMY THOMAS: PENIPU DITIPU RAKAN SEPENIPUAN

428
SHARES
2.5k
VIEWS

Oleh Lau Chin Kok

Rupa-rupanya ramai orang yang tidak berpuas hati dengan pendedahan Tommy Thomas dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness“. 

Dalam satu pengakuannya dalam buku tersebut, Tommy Thomas mendedahkan, “Tun M (Dr Mahathir Mohamad) bersetuju melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar di Malaya dan Hakim Besar di Sabah dan Sarawak atas recommendation beliau.” 

Pengakuan tersebut mendedahkan hakim-hakim kepada spekulasi bahawa mereka mungkin berat sebelah dalam segala kes yang melibatkan pendakwaraya.

Mereka menggesa kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja (RCI) bagi membongkar kebenaran berhubung dengan pendedahan Tommy tersebut.

Pendedahan ini telah mencalar imej keadilan, perundangan dan integiti badan kehakiman negara yang wajar disiasat. 

Sememangnya benar, banyak keraguan dan persoalan yang timbul tentang perjalanan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas. Kelihatan begitu banyak campur tangan proses keadilan untuk membebaskan rakan sekutu politik dan pendakwaan terpilih yang bermotifkan kebencian dan lain-lain hal.

Yang paling kontroversi adalah pengguguran pertuduhan rasuah ke atas Lim Guan Eng pada September 2018, iaitu 4 bulan selepas kemenangan PH dalam PRU-14 sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sendiri hairan dan terkejut bagaimana Tommy Thomas boleh ‘buat kerja’ seperti ini. 

Bagi sesetengah pemimpin pembangkang, pendedahan ini adalah bukti jelas bagaimana Tun Dr. Mahathir Mohamad mengkhianati rakan dalam Pakatan Harapan. Jelas sekali apabila Anwar, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang tidak sanggup lagi bersekutu dengan Tun Mahathir setelah menyedari mereka sebenarnya ditipu walaupun mereka bersepakat dalam menipu rakyat Malaysia terutama 10 JANJI 100 HARI.

(Penulis merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA dan Naib Pengerusi MCA Bahagian Puchong)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts