AMIR HAMZAH GANTI ALIZAKRI SEBAGAI CEO KWSP

473
SHARES
2.8k
VIEWS

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuatkuasa 1 Mac 2021.

Pelantikan itu mendapat kelulusan Menteri Kewangan dan akan menggantikan Tunku Alizakri Alias yang menerajui KWSP sejak 20 Ogos 2018.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir melalui sebuah kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.  Beliau berkata Tunku Alizakri akan meneruskan sumbangannya terhadap perkhidmatan awam melalui kapasiti yang berbeza.

Dengan berat hati, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan ucapan selamat maju jaya kepada Tunku Alizakri atas dedikasi dan sumbangan beliau selama tujuh tahun, bermula sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Strategi) dan kemudian sebagai CEO KWSP.”

Wawasan serta komitmen Tunku Alizakri kepada semua pihak berkepentingan terutama ahli KWSP boleh dilihat melalui hala tuju KWSP dalam mempertingkatkan kecekapan operasinya melalui pecutan digital, mengguna pakai dasar dan tadbir urus alam sekitar (ESG) dan kelestarian (sustainability) sebagai metrik utama, serta memperkasakan keselamatan sosial dan kesejahteraan bagi rakyat”.

Dalam masa yang sama KWSP turut mengucapkan tahniah kepada Amir Hamzah di atas pelantikan itu.

Sebagai rekod, Amir Hamzah mempunyai 25 tahun pengalaman dalam meneraju beberapa organisasi korporat antaranya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif beberapa organisasi korporat seperti MISC Bhd, PETRONAS Dagangan Bhd, PETRONAS Lubricants International, Icon Offshore Bhd serta Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd.

Ahmad Badri turut berkata Amir Hamzah akan membantu KWSP di kala mengharungi situasi ketika ini yang sangat kompleks dan mencabar dalam sejarah KWSP. Ini berlaku apabila desakan rakyat tidak didengari oleh Alizakri yang asyik memberi pelbagai alasan yang menyusahkan rakyat yang hanya ingin mengeluarkan caruman mereka sendiri. 

Justeru diharapkan dengan kemasukan Amir Hamzah, KWSP akan lebih memahami denyut nadi rakyat dan menimbangkan pengeluaran KWSP tanpa syarat serta memudahkan pengeluarannya tanpa perlu lagi beratur panjang di kaunter KWSP. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts