KUARANTIN “DOUBLE STANDARD” KERAJAAN DIPERTIKAI

370
SHARES
2.2k
VIEWS

Rakyat mempertikai keputusan kerajaan untuk menyingkatkan tempoh kuarantin daripada 10 hari ke 3 hari sahaja. Tindakan ini dilihat bukan sahaja ‘double standard‘ malah membahayakan nyawa rakyat yang lain.

Menurut laporan berita, tidak dinyatakan alasan dan rasional kenapa kerajaan bertindak sedemikian yang jelas seperti persoalan Puad, adakah PKP dan kuarantin sudah jadi antara dua darjat?

Tempoh pemerhatian bagi menteri yang pulang dari mana-mana lawatan rasmi luar negara dikurangkan daripada 10 hari kepada tiga hari, berkuat kuasa esok.” 

Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 2 Februari dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba itu disiarkan dalam portal rasmi e-Warta Persekutuan hari ini.”

Dokumen pewartaan tersebut yang bertajuk ‘Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021’ berkuatkuasa pada Selasa, 9 Februari hingga 1 Ogos ini.”

Perintah itu menyebut, Dr Adham mengecualikan jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian seksyen 15 Akta.

Rujuk pautan;

www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-tempoh-pemerhatian-menteri-pulang-dari-luar-negara-dikurangkan-kepada-3-hari-282002

Persoalannya adakah status ‘menteri’ membuatkan semua Menteri Kabinet termasuk Perdana Menteri ‘kebal’ daripada sebarang jangkitan atau jika dijangkiti mereka pasti tidak akan menjangkiti orang lain yang ditemui? Apakah fakta dan dapatkan sains yang boleh dikemukakan kerajaan bagi menyokong tindakan ini? Jika tiada, ini jelas satu tindakan yang melanggar undang-undang kerana membahayakan nyawa rakyat. 

Tentunya isu ini menyebabkan rakyat menuduh pelaksanaan ‘double standard‘ antara rakyat dan Menteri Kabinet.

Jika benar, adalah lebih baik semua pemimpin dalam kerajaan terutama Menteri Kabinet menjadi sukarelawan atau individu yang pertama mengambil vaksin.

Selain menjadi contoh kepada semua rakyat dan sebagai bukti ia selamat serta diyakini, ini wajar dilakukan kerana mereka hanya kuarantin selama 3 hari dan bukannya 10 hari seperti rakyat biasa yang lain. Maka vaksin ini perlu diberikan kepada mereka terlebih dahulu sebagai langkah pencegahan.

Namun ia perlu dilakukan melalui pemantauan NGO bagi memastikan vaksin sebenar yang diberikan dan bukannya ‘lakonan’. 

Selain itu, anak isteri Menteri Kabinet juga perlu diberikan vaksin segera kerana selain bertujuan menimbulkan keyakinan kepada rakyat, ia juga amat penting kerana mereka merupakan kontak rapat kepada Menteri yang hanya perlu kuarantin selama 3 hari.

Jika tidak, jangan salahkan sesiapa jika rakyat menuduh kerajaan mengamalkan sikap ‘double standard‘ serta tidak mampu meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang akan diberikan adalah benar-benar selamat.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts