• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Tuesday, March 2, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

BERAPAKAH JUMLAH SEBENAR AHLI BERSATU?

Ini kerana Perdana Menteri teruk 'dibelasah' netizen di laman Facebook Jokowi, kenapa keliling Muhyiddin masih berdiam diri?

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
February 9, 2021
in Politik, Utama
0
BERAPAKAH JUMLAH SEBENAR AHLI BERSATU?
105
SHARES
1.2k
VIEWS

Isu yang hangat ketika ini bukanlah mengenai kunjungan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia bertemu Presiden Jokowi membincangkan isu vaksin dan “laluan hijau” tetapi isu netizen menggunakan media sosial bagi menyuarakan kemarahan dan kekecewaan mereka terhadap Perdana Menteri di setiap siaran oleh Jokowi.

Walaupun kerajaan telahpun meluluskan dana 45 juta kepada jabatan komunikasi kerajaan iaitu J-KOM yang dijenamakan semula daripada JASA, tetapi di manakah petugas-petugas mereka? Kerajaan tidak boleh ‘membenarkan’ persepsi ia dikawal oleh pasukan Datuk Seri Azmin Ali, kerana ini hanya memberikan persepsi yang buruk buat Perdana Menteri.

Keliling Perdana Menteri ada PMO atau Pejabat Perdana Menteri, beliau juga dibantu oleh Setiausaha Akhbar Datuk Ainon Mohd, serta Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan yang juga pengasas badan penyelidik IDEAS. Ditambah atau sepatutnya ‘dikuatkan’ oleh J-KOM (walaupun dikuasai oleh ‘orang’ Azmin), tetapi di mana ‘suara’ mereka dalam berdepan situasi Perdana Menteri diserang di media sosial Presiden negara jiran?

Muhyiddin sendiri mungkin mengharapkan pasukannya bertindak efektif sesuai dengan portfolio masing-masing yang bertanggungjawab menangani media massa dan media sosial tetapi malangnya boleh dikatakan tiada yang berbuat sedemikian.

Sepatutnya inilah masanya puluhan ribu ‘cytro‘ yang ada digunakan sepenuhnya apatah lagi ia tersedia di depan mata tanpa perlu merekrut pasukan baharu untuk membantu menangani serangan persepsi dan tanggapan di media sosial. Cytro seramai ini janganlah hanya disimpan tetapi wajar digunakan. 

Rujuk pautan;

https://www.editormalaysia.com/21370/

Inilah cabaran yang dihadapi oleh mana-mana Perdana Menteri apabila setiap inci pergerakannya diperhati dalam dan luar negara. Beliau tentu tiada masa menyemak dan meneliti hal ini, maka PMO wajar memainkan peranan “semak dan imbang” bukannya berdiam diri dan mengharapkan setiap masalah berlalu pergi.

Sebagai contoh, jika isu menantu Perdana Menteri mendapat kontrak berbilion ringgit masih tidak diselesaikan, bagaimana rakyat hendak percaya dengan kredibiliti kerajaan semasa yang dilihat turut terpalit dengan kronisme dan nepotisme?

Atau sememangnya benar Bersatu tidak mempunyai ahli akar umbi yang mencukupi untuk menjadi jentera parti termasuk membantu Perdana Menteri, yang hanya membuktikan kenyataan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengenai populariti Bersatu yang dijangka mencecah sejuta ahli pada hujung tahun 2020 hanyalah retorik semata-mata?

Hujah ini dikuatkan dengan semakan di laman web parti di bersatu.org yang kebanyakan beritanya tidak mampu disebar-luaskan kepada umum, di mana hampir tiada berita mengenai Bersatu mengecam Tommy Thomas, kecuali oleh seorang Ahli Majlis Tertinggi Bersatu iaitu Dr. Muhammad Faiz Na’aman.

Rujuk pautan;

https://bersatu.org/2021/02/05/kenyataan-media-ahli-majlis-pimpinan-tertinggi-bersatu-2/

Walaupun agak pelik kenapa masih tiada sebarang laporan polis dibuat ke atas Tommy namun setidak-tidaknya ahli-ahli Bersatu wajar menularkan kenyataan media oleh Dr. Faiz agar masyarakat tahu bahawa parti tersebut turut ‘cakna’ dengan fitnah Tommy ke atas pemimpin-pemimpin terdahulu termasuklah pemesongan fakta mengenai peristiwa 13 Mei 1969. Atau adakah ‘sejuta’ ahli Bersatu ini masih tidak menyedari kewujudan laman bersatu.org?

Selain itu terdedah juga keahlian Bersatu mungkin tidak seramai yang diuar-uarkan Hamzah melalui aplikasi mobil yang dinamakan “My Bersatu” yang boleh dimuat turun di Google Play dan Apple Store serta Huawei Gallery yang dilancarkan pada 21 Oktober 2020.

Pautannya juga ada disertakan di portal bersatu.org tetapi malangnya ia hanya dimuat turun oleh lebih kurang 1000 pengguna – walaupun pada 25 Ogos 2020 kira-kira dua bulan sebelum aplikasi dilancarkan, ketika itu Hamzah mendakwa keahlian Bersatu sudah mencecah 700 ribu ahli dan menyasarkan sejuta keahlian pada akhir tahun 2020.

Rujuk pautan;

https://www.utusan.com.my/nasional/2020/08/bersatu-sasar-1-juta-ahli-tahun-ini/

Sepatutnya dalam masa sebulan pelancarannya tentu berpusu-pusu ahli Bersatu akan memuat turun aplikasi tersebut yang dibina oleh sebuah syarikat bernama Bestpay Solutions Sdn Bhd bagi membuktikan sokongan dan tidak mungkin hanya 1000 pengguna sahaja. 

Malah jika hanya separuh daripada jumlah keseluruhan ahli Bersatu memuat turun aplikasi tersebut tentunya sekitar 350 ribu menggunakan aplikasi tersebut ketika ini – atau sekitar 500 ribu pengguna jika sasaran Hamzah dapat dicapai di penghujung tahun 2020 lepas. Malangnya 0.0014 peratus pengguna sahaja memuat turun aplikasi My Bersatu daripada “700 ribu” keahlian keseluruhan yang didakwa Hamzah. Jika dikira daripada jumlah sejuta keahlian maka hanya kira-kira 0.001 peratus sahaja yang menggunakan aplikasi tersebut. 

Justeru adakah PMO tidak menyelidik mengenai hal ini atau Perdana Menteri “ditipu hidup-hidup” oleh kelilingnya sendiri?

Bagaimana pula dengan Ketua Penerangan Bersatu iaitu Wan Saiful, bukankah beliau ‘think tank‘ sebuah badan penyelidik IDEAS yang turut dianggotai oleh Laurence Todd yang pernah bekerja dengan Kementerian Pertahanan Britain serta pernah menjadi penasihat kepada Perdana Menteri sebelum ini iaitu James Cameron – adakah Wan Saiful masih tidak mampu mengeluarkan sebarang idea bernas membantu Perdana Menteri daripada partinya sendiri sedangkan beliau Ketua Penerangan? 

Rujuk pautan;

https://www.ideas.org.my/about/people/laurence-todd/

Atau beliau tidak mahu kerana ada agenda lain yang hanya pihak PMO mengetahuinya. Bagaimana pula Datuk Ainon, J-KOM dan PMO sendiri? Kasihanlah Perdana Menteri ditinggalkan berseorangan jika beginilah kesudahannya. 

Justeru tidak peliklah jika undian populariti Muhyiddin sebelum ini oleh sebuah badan yang mencanang ke seluruh negara bahawa Muhyiddin popular di mata rakyat tetapi hanya sekitar 400 responden sahaja yang ditemui.

Hakikatnya undian populariti oleh portal The Malaysian Insights menunjukkan 93.9 peratus tidak berpuas hati manakala tinjauan Emir Research pula menunjukkan 62 peratus tidak lagi yakin, menjadi bukti jelas populariti Perdana Menteri merudum teruk dan jauh daripada gambaran yang diberikan oleh undian populariti yang pertama.

Rujuk pautan;

https://www.editormalaysia.com/21361/

Nampaknya Tan Sri Muhyiddin diselubungi oleh “mainan persepsi” oleh orang di sekelilingnya dan ini sebenarnya lebih bahaya daripada musuh politiknya sendiri. 

Tags: Ainon MohdMuhyiddinPMOWan Saiful Wan Jan
Previous Post

MEMBINA NARATIF BARU LEBIH PENTING DARIPADA MEMBINA NEGARA

Next Post

AMIR HAMZAH GANTI ALIZAKRI SEBAGAI CEO KWSP

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

MUHYIDDIN PERLU BUAT TIGA PERKARA YANG BETUL

MUHYIDDIN PERLU BUAT TIGA PERKARA YANG BETUL

March 2, 2021
PUNCA DUA AHLI PARLIMEN PKR MELOMPAT PARTI

PUNCA DUA AHLI PARLIMEN PKR MELOMPAT PARTI

February 28, 2021
MUHYIDDIN KATA TIADA SIDANG PARLIMEN, SEBALIKNYA YDP AGONG PERKENAN SIDANG DITERUSKAN

MUHYIDDIN KATA TIADA SIDANG PARLIMEN, SEBALIKNYA YDP AGONG PERKENAN SIDANG DITERUSKAN

February 24, 2021
UMNO DITAWAR JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI?

UMNO DITAWAR JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI?

February 19, 2021
SAMAN RM10 JUTA OLEH PERDANA MENTERI

SAMAN RM10 JUTA OLEH PERDANA MENTERI

February 19, 2021
BILA SYARAT-SYARAT I-SINAR KWSP AKAN DIMANSUHKAN?

BILA SYARAT-SYARAT I-SINAR KWSP AKAN DIMANSUHKAN?

February 17, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In