WIRA PUTRA GESA MENTERI WILAYAH HENTI BERDRAMA, GABUNG DENGAN NGO DAN AKTIVIS BANTU RAKYAT SUSAH

373
SHARES
2.2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

6 Februari 2021 | 24 Jamadilakhir 1442H

1. Wira PUTRA gesa kerajaan wujud inisiatif gabung NGO kebajikan dan beri laluan serta kemudahan jika tak mampu memenuhi tugas sebagai wakil rakyat. Sekadar menzahir rasa malu tetapi tiada tindakan susulan ia adalah tidak bermakna.

Rujuk pautan;

https://m.malaysiakini.com/news/561747

2. Kenyataan Menteri Wilayah seperti ayat drama bersifat populis. Benar tugas NGO dan kerajaan tidak sama, jadi apa guna kerajaan bayar gaji hingga puluhan ribu dari Pengarah hingga ke Menteri tetapi isu rakyat di bawah masih ada yang belum selesai? Takkan hanya sekadar hadiri mesyuarat atas talian, buat tinjauan dan meluluskan aktiviti bulanan sahaja? Siapa yang mengatur untuk buat kajian dan gerak kerja strategik mengenal pasti masalah rakyat?

3. Apa dasar baharu yang benar-benar dirangka sampai menteripun sibuk sangat musim PKP dan darurat sekarang ini? Parlimenpun tidak bersidang, jadi apa yang dibuat pemimpin-pemimpin sepanjang PKP ini?

4. Adakah anda benar-benar telah melaksanakan mandat dan kepercayaan rakyat? Tepuk dada tanya selera. Di Kuala Lumpur sendiri hari ini semakin ramai gelandangan. Lihat sahaja di stesen-stesen minyak, depan bank, dan namakan sahaja jalan belakang sekitar Chow Kit, ada sahaja gelandangan. Takkan kerajaan sekadar buat program ‘one off‘ sahaja seperti tahun lepas kemudian apa nasib mereka selepas itu? Dengan keadaan semasa makin menyukarkan mereka, tidak mustahil ramai dari kelompok mudah miskin akan menjadi gelandangan.

Namun aktivis seperti Ebit Lew, yayasan-yayasan kebajikan dan NGO basmi kemiskinan serta pertubuhan-pertubuhan kebajikan inilah yang banyak menyantuni mereka tetapi apakah inisiatif kerajaan dalam menghargai dan menggalakkan gerakan amal ini? Adakah model kerajaan dalam usaha menyatukan usaha murni kumpulan berjiwa besar ini dalam memastikan usaha kerajaan membantu golongan memerlukan, menyampaikan dakwah berjaya dilaksanakan?

Wira PUTRA minta Menteri Wilayah dan wakil-wakil rakyat cukuplah ‘berdrama’ dan bersandiwara di kala krisis yang melanda. Dengan kuasa yang ada tetapi tidak mampu melaksanakan sepenuhnya ini, wajar menteri satukan NGO kebajikan dari lama ke baru dan salurkan dana, barangan dan sebagainya bagi mereka membantu golongan memerlukan di seluruh negara. Jangan sekadar beri laluan kepada NGO kroni sahaja, banyak lagi NGO dan aktivis di luar sana sanggup masuk ke ceruk kampung atau pedalaman, mencari keluarga miskin bandar dan gelandangan bagi membantu mereka semampunya. Mereka ini wira yang tidak didendang, tetapi lebih berjasa berbanding wakil rakyat yang ada. Jika ini juga tidak mampu hendak laksana, elok letak jawatan sahaja.

Sekian.

Oleh Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts