PEGUAM NEGARA KATA TOMMY THOMAS DANGKAL, TUBUH SEGERA RCI

377
SHARES
2.2k
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi

Giliran Peguam Negara pula belasah Tommy Thomas. Menurut Idris Harun buku memoir Tommy Thomas jelas menghina institusi perundangan negara.

Menurut Idris lagi buku memoir itu dihasilkan oleh “pemikiran yang dangkal daripada pengalaman yang singkat oleh orang yang tidak memahami institusi perkhidmatan awam”. Dangkal mengikut kamus Dewan ialah cetek atau pengetahuan tidak mendalam.

‘Sebiji’ Tommy Thomas kena. Memang Tun Mahathir salah pilih orang. Tommy ‘syok sendiri’ dan show off. Kalau ikut memoir tersebut pelantikan “Hakim-hakim Atasan” telah mengenepikan peranan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

Tommy mendedahkan, Tun Mahathir bersetuju melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar di Malaya dan Hakim Besar di Sabah dan Sarawak atas ‘recommendation‘ beliau.

Pengakuan tersebut mendedahkan hakim-hakim kepada spekulasi bahawa mereka mungkin berat sebelah dalam segala kes yang melibatkan pendakwa raya.

Hari ini lagi banyak laporan polis dibuat termasuk oleh bekas Peguam Negara TS Apandi Ali dan bekas Peguam Cara III, Mohamad Hanafiah Zakaria. Maka adalah wajar RCI ditubuhkan sepertimana cadangan Pemuda UMNO Malaysia. 

Suruhanjaya Siasatan DiRaja penting demi memelihara imej keadilan dan perundangan serta integriti hakim yang jelas tercemar berdasarkan pendedahan Tommy Thomas itu.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts