• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Tuesday, March 2, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

GST PENYELAMAT EKONOMI NEGARA – PUTRA

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
February 5, 2021
in Semasa, Utama
0
GST PENYELAMAT EKONOMI NEGARA – PUTRA
16
SHARES
178
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PUTRA MALAYSIA

5 Februari 2021 | 23 Jamadilakhir 1442H

Oleh Ashraf Bin Rosli

1. Merujuk kepada portal Malaysia Gazette bertajuk “DAP tetap tolak GST – Guan Eng”, memetik kenyataan Lim Guan Eng iaitu, “Apabila tidak ada GST, hasil kerajaan akan hilang, tetapi kita cari sumber lain sebagai ganti, iaitu perkenalkan sistem tender terbuka. Kaedah ini dapat elakkan rasuah dan berjaya selamatkan puluhan bilion ringgit dari ketirisan.”

Rujuk pautan;

https://malaysiagazette.com/2021/02/04/dap-tetap-tolak-gst-guan-eng/ –

2. Dari kenyataan ini, kita boleh menilai betapa ceteknya pemikiran bekas Menteri Kewangan kerajaan Pakatan Harapan ini. PUTRA bersetuju dengan cadangan pengenalan sistem tender terbuka dan ia wajib dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya, rasuah dan ketirisan, tetapi kesimpulan mudah di sini adalah, ia hanya menyelesaikan masalah ketirisan dan penyalahgunaan kuasa, akan tetapi kerajaan tetap akan hilang hasil pendapatan yang boleh digunakan untuk terus membantu rakyat dan pembangunan negara. Pepatah Melayu ada mengatakan “Marahkan nyamuk, kelambu dibakar” ini adalah contoh yang ditunjukkan oleh Lim Guan Eng atau secara tersirat beliau sedang cuba mempertahankan peniaga dan syarikat yang mahu mengelak dari membayar cukai?

3. Bagi PUTRA, GST harus diperkenalkan semula kerana ia menambah sumber pendapatan negara dan secara tidak langsung, GST juga dapat mengurangkan berlakunya punca ketirisan. Umum mengetahui, GST merupakan cukai yang dikenakan pada setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekal termasuk pengimportan barang dan perkhidmatan. Ini membuktikan bahawa, GST adalah sistem percukaian yang telus, kerana setiap transaksi diambil kira dan direkodkan dari pengilang hingga ke pengguna dengan menggunakan satu kadar dan tiada kadar tambahan dikenakan seperti Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang sedia ada.

4. Sudah tiba masanya, pihak kerajaan meneliti semula struktur percukaian tidak langsung yang sedia ada, bagi menambah baik sumber pendapatan negara. Sepertimana yang kita tahu, cukai jualan adalah cukai satu peringkat dan dikenakan sekali sahaja di peringkat pengilang. Cukai perkhidmatan pula, dikenakan hanya ke atas perkhidmatan tertentu sahaja. Di sini kita dapat lihat struktur percukaian yang terlalu khusus ini membolehkan segelintir pihak pengimport, pengilang, pemborong tidak mengisytiharkan cukai, melalui “pindahan harga” dan secara tidak langsung ketirisan pendapatan kerajaan telah berlaku.

5. Oleh itu PUTRA mencadangkan agar pihak kerajaan membentuk jawatankuasa khas yang terdiri daripada pelbagai kaum dan mesti merangkumi pakar ekonomi, pakar kewangan serta pakar percukaian, bagi mengkaji serta memberi cadangan yang ampuh bagi implimentasi semula GST demi kepentingan ekonomi dan kewangan negara. Antara kajian yang boleh dilakukan oleh jawatankuasa ini adalah:

a) Kaji semula kadar peratusan cukai GST.

Mungkin GST boleh dimulakan dengan kadar yang rendah dahulu supaya peniaga dan pengguna dapat menyesuaikan diri dengan sistem GST.

b) Pembetulan semula skop bagi barangan yang bakal dikenakan cukai GST.

Jawatankuasa ini boleh melihat semula jenis-jenis barangan yang akan dikenakan GST. Mungkin boleh dimulakan dengan barangan mewah seperti barangan kulit, perkhidmatan hospital swasta, barang kemas, kereta mewah dan sebagainya.

Secara ringkas, GST boleh dimulakan dengan barangan mewah yang digunakan oleh golongan T20 dahulu, seterusnya kepada M40 dan akhirnya barangan mewah bagi B40. Barangan keperluan asas seperti beras, tepung, telur dan lain-lain barangan keperluan asas mungkin boleh dikecualikan dari dicukai.

Cadangan dari jawatankuasa khas ini mestilah bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana kepentingan politik kepartian ataupun kaum.

Sekian. 

PUTRA PERKASA NEGARA

Tags: Asyraf RosliGSTLim Guan EngPUTRA
Previous Post

PERISTIWA 13 MEI: KEPALSUAN DAKWAAN TOMMY THOMAS TERDEDAH

Next Post

PEGUAM NEGARA KATA TOMMY THOMAS DANGKAL, TUBUH SEGERA RCI

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

KENYATAAN MEDIA PUTRA BERKAITAN PENGHAKIMAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN DALAM ISU JENAYAH LIWAT

KENYATAAN MEDIA PUTRA BERKAITAN PENGHAKIMAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN DALAM ISU JENAYAH LIWAT

February 26, 2021
IBRAHIM ALI KRITIK BANTUAN TIDAK SEPADAN KEPADA MANGSA TEBING RUNTUH

IBRAHIM ALI KRITIK BANTUAN TIDAK SEPADAN KEPADA MANGSA TEBING RUNTUH

February 21, 2021
KENAKAN HUKUMAN LEBIH BERAT BAGI KES RASUAH

KENAKAN HUKUMAN LEBIH BERAT BAGI KES RASUAH

February 19, 2021
SPRM PERLU SIASAT TUDUHAN TERHADAP PRASARANA

SPRM PERLU SIASAT TUDUHAN TERHADAP PRASARANA

February 11, 2021
MENTERI GAGAL BERI PENJELASAN ISU KEBERKESANAN VAKSIN

MENTERI GAGAL BERI PENJELASAN ISU KEBERKESANAN VAKSIN

February 9, 2021
TOMMY THOMAS MALU KES RASUAH GUAN ENG DIMASUKKAN DALAM MEMOIRNYA

TOMMY THOMAS MALU KES RASUAH GUAN ENG DIMASUKKAN DALAM MEMOIRNYA

February 4, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In