TOMMY THOMAS FITNAH YDP AGONG DAN ARWAH TUN RAZAK?

424
SHARES
2.5k
VIEWS

Selepas menerima kritikan pelbagai pihak, termasuk tindakan saman dan laporan polis, kini bekas Peguam Negara Tommy Thomas dikritik pula oleh Tun Mahathir sebagai ‘mengarut’.

Kritikan tersebut dibuat kerana Tommy hanya mengada-adakan cerita bahawa Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan mencadangkan nama Datuk Seri Wan Azizah sebagai Perdana Menteri selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan. 

Menurut Tommy, saya beritahu kepadanya bahawa Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahukan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri Interim (sementara). Ini cerita karut.” 

Selepas menerima dengan berat hati peletakan jawatan saya, Seri Paduka cadangkan saya sebagai Perdana Menteri Interim. Nama Wan Azizah tidak pernah disebut oleh baginda sebagai Perdana Menteri sementara.”

Ini menunjukkan strategi Tommy cuba menonjolkan diri menjadi” hero penegak undang-undang” dengan bercerita pengalamannya menjadi Peguam Negara selama 22 bulan, ternyata gagal apabila pelbagai fitnah pula yang terdedah. 

Oleh kerana itulah Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) wajar dilakukan bagi menyiasat pelbagai tuduhan dan fitnah Tommy agar selepas ini tiada lagi yang berani melakukan fitnah melalui memoir seperti beliau, termasuk fitnah melampau terhadap Allahyarham Tun Abdul Razak yang dikaitkan dengan peristiwa 13 Mei.

Betapa keji dan tidak adilnya tindakan Tommy ini terhadap tokoh terbilang negara yang telah lama meninggal dunia, yang tentu tidak dapat menjawab tuduhan dan fitnah terhadap diri beliau.

Tommy perlu dikenakan tindakan yang paling tegas agar menjadi iktibar kepada semua bahawa kebebasan bersuara itu tetap ada hadnya.

Semoga Allah SWT memelihara baginda Tuanku YDP Agong serta mencucuri rahmat terhadap Allahyarham Tun Razak dan isterinya Tun Rahah yang telah banyak berjasa untuk rakyat dan negara. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts