BAKKE SALLEH DILANTIK PENGERUSI MPOB YANG BAHARU

364
SHARES
2.1k
VIEWS

Pelantikan Tan Sri Mohd Bakke Salleh sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dikritik oleh beberapa pihak termasuk oleh bekas Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Datuk Mohamed Ezam Mohd. Nor kerana beliau merupakan salah seorang Ahli Lembaga 1MDB.

Namun pelantikan Mohd. Bakke dipertahankan oleh Menteri Industri Utama, YB Teresa Kok kerana menurutnya meskipun Mohd. Bakke adalah bekas Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB yang pada satu ketika dahulu telah meletakkan jawatan kerana kecewa dengan salah laku dalam 1MDB kerana berlakunya pemindahan wang secara kontroversi tanpa pengetahuan atau kelulusan Lembaga Pengarah.

“Tan Sri Mohd Bakke adalah seorang yang berintegriti tinggi. Beliau merupakan tokoh korporat yang dihormati dengan pengalaman meluas dalam industri minyak sawit. Negara akan mendapat manfaat daripada kepemimpinan dan pengalaman beliau dalam mencapai matlamat Kerajaan membawa industri ke tahap yang lebih tinggi. Sumbangan beliau juga diakui oleh pemain industri yang memberi reaksi positif terhadap pelantikannya.”

“Saya berkeyakinan penuh terhadap kemampuan Tan Sri Mohd Bakke untuk memimpin MPOB di samping membantu Kerajaan meningkatkan usaha menangkis kempen anti-minyak sawit terhadap komoditi negara, dan dalam usaha meningkatkan prestasi industri minyak sawit.”

Tambahnya, Mohd Bakke telah menunjukkan kemarahan dan ketidakpuashatian terhadap apa yang telah berlaku dalam 1MDB ketika memberi keterangan pada sesi pendengaran kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada tahun 2016.

Tentunya pengalaman yang luas dan kepakaran Mohd. Bakke ketika menjawat jawatan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad serta pernah berkhidmat sebagai Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Berhad serta pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Felda Holdings Berhad menjadi sandaran lantikan beliau sebagai Pengerusi MPOB yang baharu.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts