KERAJAAN SEWAJARNYA UMUM LANJUT PKP LEBIH AWAL

423
SHARES
2.5k
VIEWS

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Kita bukan marah PKP. Kita tahu ia dibuat bagi memelihara nyawa rakyat.

Kita marah bila ‘kluk klek’, 3-4 hari lepas janji tidak ada PKP, tiba-tiba umum lanjut pula. Sedangkan apabila sudah dijamin PKP tidak disambung, maka perniagaan yang terhenti ketika tempoh berkurung sudahpun buat tempahan stok, sudahpun beli bahan mentah, sudahpun bayar deposit.

Duit ini siapa mahu ganti? Habis duit, naiklah stress.

Saya selalu kata bahawa polisi kita sudah sepatutnya bersifat proaktif. Sudah mampu “foresee the future“. Bukan lagi umum PKP hari ini kemudian dua-tiga hari baru hendak bagitau bagaimana SOP.

Ini samalah seperti awal tahun baru ini. Umum sekolah tetap dibuka seperti biasa. Habis gelabah ibu bapa membeli baju seluar sekolah. Tiba-tiba beritahu sekolah hanya dibuka untuk kelas tertentu sahaja.

Siapa tidak sakit kepala?

Kalau rasa ‘geli’ sangat apabila saya sebut tentang keberkesanan polisi zaman Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, tidak mengapa. Cukup contohi apa yang tuan-tuan sudah laksanakan ketika PKP tahun lepas.

Perniagaan semua ditutup daripada sekecil-kecil kontraktor sampailah sebesar-besar kilang dapat insentif gaji yang sama. Moratorium, bantuan tunai semua dapat merasa.

Apa kesannya? Kesannya ‘approval rating‘ Tan Sri Muhyiddin Yassin mencecah 69 peratus – antara yang tertinggi dalam sejarah. 

Hari ini? 35 peratus iaitu paling rendah malah lebih rendah daripada rating yang diterima DS Najib pada April 2018 – kurang sebulan sebelum Barisan Nasional tumbang dalam PRU-14. 

Betul kita ada kekangan. Tetapi ekonomi kita sebenarnya ada ‘buffer‘ yang sangat besar untuk beri bantuan.

Nisbah hutang kita kepada GDP sedang berlegar pada paras 65 peratus. Kalau dinaikkan kepada 80 peratus sahaja, kerajaan akan ada tunai lebih RM200 bilion untuk rakyat.

Pergunakanlah Ordinan Darurat. Keluarkan tunai dan sandarkan kepada bond. Jadi nilai Ringgit tidak akan jatuh.

Jangan main cetak duit tidak tentu hala macam idea pelik sesetengah orang politik.

Manfaatkan Ordinan Darurat. Arahkan bank bagi moratorium automatik. Arahkan institusi kredit dan pinjaman seperti AEON tangguhkan ansuran. Orang miskin tidak beli motor pakai bank tuan-tuan.

Betul rating ekonomi kita akan jatuh. Orang bank mungkin tidak suka. Tetapi ketika krisis, kepentingan ekonomi rakyat (makro) sentiasa akan berada lebih tinggi daripada penarafan rating (ekonomi mikro)

Rating yang buruk, kita boleh perbaiki.

Kepercayaan rakyat yang hilang, itu tiada ganti. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts