TOMMY THOMAS PEGUAM NEGARA TERBURUK

387
SHARES
2.3k
VIEWS

Oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Bekas peguam negara mendakwa, blogger dan pengguna internet gagal membezakan antara fakta dengan rekaan.

Saya setuju dengan komen balas Tan Sri Dzulkifli Ahmad bekas Ketua Pengarah SPRM. Katanya “Tommy yang gagal faham atau confuse antara tanggung jawab beliau sebagai Peguam Negara dan pendakwaraya”.

Menurut TS Dzulkifli lagi, “Tommy keliru antara tugas menjadi penasihat undang-undang kepada kerajaan dengan tugas melindungi dan membela rakyat daripada penjenayah”.

Maka apa tujuan Tommy mendedah banyak cerita dalam biografinya yang terbaru? Apabila dia kata YDP Agong mahu Wan Azizah jadi Perdana Menteri untuk ganti Tun Mahathir yang letak jawatan, adakah Tommy menuduh YDP Agong main politik?

Tommy sebenarnya mahu ‘justify‘ apa yang dibuatnya selama menjadi Peguam Negara adalah betul. Dia rasa malu kerana hanya menjawat jawatan tersebut tidak sampai sepenggal.

Biografinya mendedah lebih banyak “pekung di dada”. Ia menjadi bukti bahawa Tommy adalah Peguam Negara lantikan politik.

Contohnya, dia mengaku tidak mendakwa Zakir Naik atas arahan Mahathir dan lepaskan 12 suspek LTTE setelah dapat izin dari Tun Mahathir.

Dalam kes Adib, Tommy berkeras tidak mahu mendakwa suspek. Sedangkan Koroner Rofiah Mohd putuskan kematian Adib adalah perbuatan jenayah yang dilakukan oleh dua atau tiga perusuh yang belum dikenali.

Hairan juga, kenapa tidak tulis pasal Lim Guan Eng? Kenapa tidak dedah bagaimana kes Lim Guan Eng digugurkan? Mustahil dia tidak rujuk kepada Mahathir sebelum kes itu dibuang.

Tommy juga tidak sentuh isu Azmin Ali. Sepatutnya dia bertanya kepada Ketua Polis Negara Hamid Bador, betulkah video itu kabur? 

Apapun eloklah Tommy Thomas letak jawatan. Dia lantikan DAP. Tans Sri Muhyiddin tidak suka DAP. Muhyiddinpun dendam Tommy kerana dia kerana tidak mendakwa 12 orang penyokong LTTE.

Kesimpulannya Tommy Thomas adalah Peguam Negara terburuk dalam sejarah keadilan negara.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts