MEMOIR TOMMY THOMAS DEDAH PELBAGAI KONSPIRASI, WAJAR DISIASAT MELALUI RCI

474
SHARES
2.8k
VIEWS

Buku memoir “My Story: Justice in the Wilderness” yang ditulis oleh bekas Peguam Negara lantikan politik Pakatan Harapan dilihat semakin menimbulkan keraguan dan mendedahkan banyak perkara yang sepatutnya tidak beliau lakukan jika ingin ‘menjaga’ air muka Tun Mahathir Pakatan Harapan.

Kesilapan beliau ini boleh menjadi “senjata makan tuan” malah pelbagai laporan polis dan notis tuntutan mahkamah telah dilakukan.

Selain itu Tommy juga ‘terbuka’ pekung Tun Mahathir melalui memoirnya ini. Adakah ini gerakan menjatuhkan Tun Mahathir oleh Tommy, DAP dan Pakatan Harapan? Ataupun ia dilakukan secara tidak sengaja akibat terlalu ghairah ingin mempunyai memoirnya sendiri seperti tokoh-tokoh lain, walaupun Tommy sebenarnya belum layak untuk digelar sebagai ‘tokoh’.

Namun sama ada sengaja ataupun tidak, ia tidak lagi penting kerana isi kandungan memoir beliau kini satu persatu mula mencetuskan perdebatan hangat akibat keterlanjuran beliau “membuka cerita”.

Peguam Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak iaitu Tan Sri Shafee Abdullah juga telah menyerahkan notis tuntutan terhadap Tommy Thomas kerana memfitnah bekas Perdana Menteri keenam tersebut dalam isu Altantuya, melibatkan permintaan maaf dan ganti rugi sebanyak RM10 juta.

Jika kami tidak terima jawapan memuaskan dari anda Jumaat ini, arahan jelas kami ialah memulakan prosiding undang-undang awal minggu depan.”

Rujuk pautan: https://www.facebook.com/768993166781717/posts/1344981489182879/

Malah bekas Bekas Peguamcara 3 Negara Hanafiah Zakaria juga telah membuat laporan polis terhadap Tommy Thomas kerana memfitnah beliau.

Rujuk pautan;

https://www.facebook.com/768993166781717/posts/1345216165826078/

Selain itu apa yang turut terdedah dan pasti tidak terhenti setakat ini ialah;

1. Pendedahan Tommy bahawa YDP Agong mahu Datuk Seri Wan Azizah menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir yang baru meletakkan jawatan – ia wajar disiasat kerana seolah-olah Tommy cuba menuduh baginda bermain politik serta merosakkan imej YDP Agong dan Institusi DiRaja

2. Membuktikan beliau dilantik secara politik dan bukan berdasarkan merit kelayakan menjawat jawatan Peguam Negara, bertujuan menyelesaikan isu-isu politik termasuk kes rasuah banglo Lim Guan Eng yang mengejutkan Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri

3. Membuktikan Peguam Negara seperti beliau tidak telus dan hanya mengikut arahan Perdana Menteri  dan beberapa individu lain dalam banyak perkara

4. Gagal bersikap telus dan menggugurkan Gopal Sri Ram yang bertindak seolah-olah sebagai “penyiasat dan pendakwa” dalam pendakwaan Najib, apatah lagi wujud afidavit oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali sebelum ini bahawa Gopal mengikut arahan Tun Mahathir mendesak beliau supaya Najib ditangkap dan didakwa

5. Mengaku tidak mendakwa Zakir Naik atas arahan Tun Mahathir

6. Mengaku melepaskan 12 suspek LTTE setelah mendapat izin daripada Tun Mahathir, yang bercanggah dengan bukti dan keterangan yang ada pada pihak polis dan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin – jelas membuktikan campur tangan politik mengatasi kedaulatan undang-undang

7. Tommy mengaku berkeras tidak mahu mendakwa suspek yang membunuh anggota bomba, arwah Muhammad Adib walaupun Mahkamah Koroner telah memutuskan bahawa, “Kematian Muhammad Adib akibat perbuatan jenayah yang dilakukan oleh dua atau tiga perusuh yang tidak dikenali

8. Membuat pengakuan cadangan beliau ingin memberi ganjaran bagi menangkap Jho Low tidak disambut baik oleh Tun Mahathir dan Ketua Polis Negara. “Saya mengemukakan cadangan saya kepada Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Ketua Polis Negara, tetapi sayangnya ia tidak mendapat sambutan yang baik.”

Tuduhan serius Tommy terhadap Ketua Polis Negara ini perlu dijawab sendiri oleh Tan Sri Abdul Hamid Bador kerana ia menimbulkan prasangka buruk terhadap beliau dan imej polis itu sendiri yang tidak berlandaskan undang-undang. 

Mungkin kerana itulah Abdul Hamid dilihat terlalu banyak berdalih sehingga memberi alasan tidak masuk akal iaitu Jho Low sukar ditemui dan dibawa pulang kerana sedang menyamar menjadi beruang dan berjalan seperti seladang.

Keraguan bertambah apabila keluarga bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Abdul Aziz sendiri terlibat menerima dana Jho Low, dilihat menjawab soalan kenapa banyak perkara mengenai Jho Low disorok selama ini.

Rujuk pautan;

https://editormalaysia.com/20385/

Kesimpulannya, banyak pendedahan Tommy dalam memoirnya yang bercanggah dengan apa yang dikemukakan pihak pendakwaan di dalam mahkamah, yang perlu disiasat melalui Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) demi mencari kebenaran. 

Selain itu, barisan peguam Najib wajar menubuhkan satu pasukan khas meneliti kandungan buku tersebut dengan terperinci kerana banyak pendedahan yang dilakukan Tommy membuktikan wujudnya konspirasi terancang oleh pihak tertinggi untuk menyabitkan anak guam mereka dengan pelbagai kesalahan.

Pendedahan tidak kena masa oleh Tommy ini dilihat hanya merumitkan pihak pendakwaan kelak dan ia perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak pembelaan. Ini perlu dilakukan agar perkara sebenar dapat didedahkan kepada rakyat yang sudah muak dengan pelbagai konspirasi selama ini bagi menjatuhkan pemimpin tertentu.

Inilah akibatnya apabila ada beberapa pihak rajin melayan ‘serakah politik’ bekas Perdana Menteri tertua dan kroni-kroninya yang ingin “menguasai negara selama-lamanya”. 

Persoalan lain, apakah agaknya yang akan terbongkar melalui memoir Tommy selepas ini? – yang ketika ini sedang ‘kepanasan’ kerana secara tidak langsung telah membuka ‘pekung’ Pakatan Harapan terutamanya Tun Mahathir, Gopal dan beliau sendiri.

Justeru itulah orang tua-tua sudah berpesan, “Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”. Rupa-rupanya Tommylah ‘pulut’ bagi Tun Mahathir, DAP dan Pakatan Harapan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts