PENDEDAHAN TOMMY THOMAS MENGENAI GOPAL SRI RAM

504
SHARES
3k
VIEWS

Oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Ini yang ditulis oleh Tommy dalam memoirnya mengenai Gopal Sri Ram.

I appointed Sri Ram under Section 376 (3), to deal with the investigation and prosecution of 1MDB matters. Sri Ram was given a wide ranging portfolio. He worked well with the deputy director of the MACC Datuk Seri Azam Baki, who was in charge of the investigation of 1MDB matters. Sri Ram was also given an office in the AGC, and spent much time with the officers in the MACC”.

Maksudnya Sri Ram bukan sahaja ditugaskan sebagai ‘pendakwaraya’. Dia juga ‘penyiasat d’alam kes 1MDB. Ini mengejutkan.

Menurut Tommy lagi, Sri Ram diberi portfolio yang seluasnya sehingga ada pejabat di ibu pejabat SPRM. Apakah itu bermakna Sri Ram turut mempengaruhi siasatan SPRM?

Sebab itu DS Najib memohon supaya Gopal digugurkan sebagai Ketua Pendakwaraya dalam kes 1MDB. Hujah peguam Najib ialah akan berlaku “conflict of interest” dan berat sebelah jika Gopal Sri Ram dikekalkan.

Biasanya tugas pendakwa dan penyiasat diasingkan. Adalah bahaya jika pihak yang membuat pendakwaan akan menyiasat bahan bukti yang lebih menyokong pendirian mereka dan menyorok pula hasil siasatan yang tidak menyokong matlamat pendakwaan.

Pihak Pendakwaraya menafikan Gopal Sri Ram terlibat dalam penyiasatan kes DS Najib. Baca di sini;

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/02/22/prosecutor-sri-ram-not-involved-in-najibs-1mdb-investigation-not-biased/1725746

Tetapi pendedahan Tommy dalam memoirnya jelas bercanggah dengan apa yang pihak pendakwaan maklumkan di dalam mahkamah.

Peguam Najib juga mahu Gopal digugurkan kerana ada afidavit oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali yang dakwa Gopal Sri Ram datang ke rumahnya membawa mesej Tun Mahathir supaya Najib ditangkap dan didakwa.

Tommy juga dedahkan Sri Ram tidak meminta bayaran walaupun satu sen. Menurut Tommy, Sri Ram adalah peguam termahal dan yuran guaman beliau mencecah jutaan ringgit.

Tetapi itu yang rakyat bimbang? Macam mana boleh percuma? Adakah wujud ‘deal‘ lain seperti projek dan lain-lain ‘benefit‘ sebagai ganti?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts