MENTERI MANA JUMPA PRESIDEN PARTI MINTA EHSAN BERTANDING PRU-15?

602
SHARES
3.5k
VIEWS

Wujud desas-desus seorang Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memenuhi portfolio kabinet, dipercayai telah bertemu dengan salah seorang Presiden parti secara diam-diam untuk meminta ‘ehsan’ bertanding di kerusi Parlimen pada PRU-15 kelak. 

Walaupun sebelum ini beliau dilihat cenderung kepada Pakatan Harapan terutamanya dalam tempoh 22 bulan berkuasa, tetapi tidak mungkin beliau berani mencuba nasib bersama Pakatan Harapan yang mengalami defisit kepercayaan yang teruk ketika ini. 

Beliau berhajat bertanding atas tiket parti tersebut kerana ingin ‘berjuang’ dalam parti yang dilihatnya mempunyai ‘prinsip’ yang sama dengannya namun beliau sebenarnya ingin terus kekal sebagai Menteri sekiranya mampu menang pada PRU-15 kelak.

Tetapi setakat ini Presiden yang beliau temui itu dilihat masih serba salah untuk menunaikan permintaannya kerana tahu Menteri tersebut mempunyai isu ‘performance‘ di kementeriannya sendiri. Beliau khuatir imej partinya akan tercalar dengan kemasukan Menteri tersebut. 

Sebelum ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melantiknya kerana percaya beliau mampu menggalas amanah dan membuat pemulihan, sebaliknya Menteri tersebut dilihat lebih banyak mencetuskan masalah daripada membantu Perdana Menteri memulihkan imej kementerian – yang telah tercalar teruk selama 22 bulan di bawah Pakatan Harapan.

Kegagalannya mengemudi kementeriannya juga menjadi masalah besar buat Perdana Menteri ketika ini kerana beliau bukan sahaja tidak mampu melaksanakan tugas-tugas hakiki seperti yang diharapkan, tetapi turut gagal memulihkan GLC di bawahnya yang menimbulkan pelbagai persoalan. 

Atas dasar itulah beliau cuba ‘menghimpit’ Presiden parti tersebut sebagai ‘jalan keluar’ kerana beliau tahu dengan kelemahannya yang semakin ketara, tiada mana-mana Perdana Menteri akan sanggup melantik beliau selepas PRU-15, melainkan cuba bertanding dan menang dalam parti yang beliau fikirkan ‘selamat’. 

Justeru kerana itulah terpaksa meminta ehsan daripada Presiden tersebut untuk bertanding di kerusi Parlimen sebagai ‘jalan keluar’. 

Sebagai rekod, setakat ini Presiden tersebut masih belum membuat sebarang keputusan mengenai permintaannya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts