FELDA DIGESA HENTI ‘GUNA’ PENGURUS FELDA UNTUK DESAK PENEROKA JUAL SAHAM FGV

421
SHARES
2.5k
VIEWS

FELDA digesa menghentikan taktik menggunakan Pengurus FELDA dan pegawai-pegawai mereka sendiri untuk menghubungi dan berjumpa peneroka-peneroka di rumah, bertujuan cuba ‘memujuk’ dan ‘meyakinkan’ peneroka menjual saham-saham FGV kepada pihak FELDA. 

Perkara ini dilihat seperti tindakan ‘terdesak’ FELDA untuk membeli sebanyak mungkin saham-saham FGV milik peneroka, pekerja-pekerja FELDA dan FGV, malah baru-baru ini mereka mengumumkan telah berjaya membeli sebanyak 9.97 juta saham FGV dalam pasaran terbuka.

Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/bisnes/korporat/2021/01/778882/felda-beli-lagi-997-juta-saham-fgv-dalam-pasaran-terbuka

Dalam masa yang sama, FGV Holdings Berhad (FGV) mengesyorkan kepada pemegang saham minoritinya untuk menolak tawaran pembelian saham oleh FELDA tersebut. 

FGV menganggap tawaran FELDA pada harga RM1.30 sesaham adalah tidak adil, lebih rendah dari penilaian yang dilakukan oleh FGV iaitu sekitar RM1.45 hingga RM1.60.
FGV turut berkata FELDA tidak berhasrat untuk mengekalkan penyenaraian FGV selepas FELDA bersama pihak yang bertindak bersamanya mempunyai pegangan sebanyak 54.09 peratus.
Sekiranya FELDA berjaya, Pemegang tidak akan dapat memperdagangkan sekuriti FGV di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.”
“Selanjutnya, apabila FELDA mengumpulkan tahap pegangan saham yang lebih tinggi sebagai hasil penerimaan yang sah dan/atau pengambilalihan selanjutnya, pencairan saham FGV mungkin menghadapi kekangan.”
Rujuk pautan;

Penjualan ini dilihat tidak menguntungkan pemegang saham minoritinya termasuk peneroka, seperti dimaklumkan oleh FGV sendiri.

Salah seorang anak dan menantu kepada peneroka Felda Jengka 11, Pahang yang ditemui Editor Malaysia baru-baru ini mengesahkan perkara tersebut. Mereka sangat tidak berpuas hati dengan cara FELDA menyuruh pengurus dan pegawai-pegawai mereka  bertemu peneroka termasuk bapa mereka untuk menjual saham FGV. 

Bapa kami sampai terpaksa memberi pelbagai alasan kerana tidak mahu menjual saham FGV, sampai naik marah kerana beriya pula Pengurus cuba yakinkan untuk jual saham.”

Harga Pengurus tersebut cakap memang RM1.30 sesaham, sedangkan sudah keluar kenyataan FGV sendiri meminta kami jangan jual.”

Ingat kami peneroka ini ‘desperate’ sangat dan tidak boleh fikir, sampaikan apabila pegawai tidak dapat berjumpa bapa kami, beriya Pengurus pula menelefon beliau untuk pujuk jual.”

Saya memohon pihak Felda siasat, kalau boleh FGV juga bantu kami siasat, SPRM pun masuk (siasat) sekali.

Jangan di Jengka sahaja, minta siasat juga di FELDA-FELDA lain.”

Jika FELDA menafikan pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada Pengurus-pengurus FELDA dan pegawai-pegawainya bagi bertemu peneroka-peneroka untuk menjual saham-saham FGV milik mereka, FELDA didesak untuk ‘turun padang’ meninjau sendiri apa yang berlaku di setiap gugusan FELDA di seluruh negara dan bertemu sendiri dengan peneroka untuk menyiasat aduan tersebut. 

FELDA dan juga FGV digesa menyiasat perkara ini sebaik mungkin agar tiada pihak yang mengambil kesempatan menjadi ‘orang tengah’ atau “menggunakan nama FELDA” untuk kepentingan diri sendiri terutamanya ketika ramai terkesan akibat bencana pandemik Covid-19 dan banjir yang melanda negara. 

FELDA juga wajar mengeluarkan kenyataan rasmi agar peneroka-peneroka jangan melayan sesiapa sahaja hatta Pengurus FELDA sendiri yang datang ke rumah atau menghubungi mereka untuk memujuk menjual saham FGV milik mereka agar profesionalisme dan ketelusan FELDA sebagai sebuah GLC yang disegani dapat terus dipelihara. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts