MPPK HARGAI SESI LIBAT URUS MENTERI KPT BERSAMA PIMPINAN PELAJAR

353
SHARES
2.1k
VIEWS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 25 Januari 2021, satu sesi perbincangan antara Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bersama Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Dato’ Dr. Noraini Ahmad serta pengurusan tertinggi Kementerian Pengajian Tinggi berkenaan kemasukan pelajar ke IPT.

Tujuan perbincangan ini adalah untuk mencari solusi terbaik dan langkah-langkah yang paling sesuai bagi kemasukan pelajar sesi 2020/2021 pada semester hadapan dengan mengambil kira prosedur operasi piawai (SOP) yang perlu dipatuhi.

Perbincangan ini melibatkan lebih 38 orang pemimpin pelajar dari IPTA, IPTS, Politeknik, IPG dan Kolej Komuniti dari seluruh negara. Pelbagai respons dan pandangan telah dinyatakan oleh para pimpinan pelajar mengenai perkara ini.

Seterusnya, pihak MPPK turut membentangkan hasil tinjauan berkenaan kemasukan pelajar ke IPT yang telah dilaksanakan oleh MPPK sendiri. Hasil tinjauan ini telah menunjukkan bahawa seramai lebih 25 ribu mahasiswa telah menyatakan hasrat masing-masing.

Rata-rata pelajar memberi maklum balas dengan berpendapat hanya pelajar yang berkeperluan sahaja perlu dibenarkan pulang ke kampus pada bulan Mac nanti dengan SOP ketat yang ditetapkan wajib dipatuhi. Ia melihat kepada situasi semasa negara dengan kadar peningkatan kes COVID-19 yang tinggi saban hari.

MPPK juga menyambut baik inisiatif yang telah dibuat oleh YB Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad yang telah membuat satu hantaran di laman rasmi Facebook beliau untuk mendapatkan serta mendengar pandangan dan hasrat mahasiswa berkenaan kemasukan pelajar pada bulan Mac nanti.

Hantaran ini telah mendapat maklum balas yang sangat baik daripada mahasiswa. Lebih 2000 komen dan perkongsian berbentuk pandangan dan luahan yang majoritinya adalah datangnya daripada kalangan mahasiswa dan pelajar IPT dari seluruh negara.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada mahasiswa di seluruh IPT atas kerjasama ini. Terima kasih juga kepada pihak YBM Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan seluruh warga KPT kerana sentiasa mendengar keluh-kesah dan pendapat mahasiswa itu sendiri.

Sekian, terima kasih. 

Memartabat Mahasiswa Malaysia

MUHAMMAD AMIR ASYRAF BIN MOHD SABRI

PRESIDEN

MAJLIS PERUNDINGAN PELAJAR KEBANGSAAN

25 Januari 2021

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts