• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Tuesday, March 2, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

TIDAK WAJAR DARURAT 2021 HANYA DIHADKAN UNTUK COVID-19 SAHAJA

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
January 24, 2021
in Ulasan, Utama
0
TIDAK WAJAR DARURAT 2021 HANYA DIHADKAN UNTUK COVID-19 SAHAJA
40
SHARES
448
VIEWS

Oleh Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

1. DARURAT ADALAH DARURAT KESELURUHANNYA.

2. Darurat 1969 berpunca daripada rusuhan antara kaum yang jika dibiarkan akan menyebabkan ancaman terhadap keselamatan negara, kehidupan ekonomi rakyat dan menggugat ketenteraman awam.

3. Maka Proklamasi Darurat 1969 di kuatkuasakan, Parlimen dan Kabinet digantung selama 2 tahun manakala pentadbiran negara dijalankan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai oleh Tun Abdul Razak.

4. Darurat 1969 tamat pada 23 Febuari 1971 apabila Kabinet Malaysia dibentuk dan bersidang buat kali pertama selepas PRU ke-3 (1969) dan jasa terbesar MAGERAN untuk merawat masalah hubungan antara kaum ketika itu adalah memperkenalkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru dengan strategi serampang 2 mata bagi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

5. Darurat 2021 pula berpunca daripada pandemik Covid-19 yang jika dibiarkan (tanpa darurat) akan menyebabkan ancaman terhadap keselamatan negara, kehidupan ekonomi rakyat dan menggugat ketenteraman awam.

6. Walaupun telah dikuatkuasakan PKP di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 2020, namun akta berkenaan tidak mempunyai ‘taring’ yang boleh menyebabkan kerajaan menggunapakai apa jua sumber untuk tujuan darurat dan akta berkenaan tidak boleh memaksa tuan punya aset untuk diserahkan kepada negara untuk tujuan darurat.

7. Maka, melalui Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 maka pihak berkuasa boleh (contohnya) mengarahkan semua klinik dan hospital swasta membantu merawat pesakit Covid-19 dengan membuka pintu premis mereka untuk segala keperluan diperlukan bagi mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan.

8. Juga pihak berkuasa (contohnya) boleh menggunakan mana-mana bangunan, premis dan hartanah untuk tujuan menempatkan pesakit Covid-19 untuk dikuarantin.

9. Juga (contohnya) pihak berkuasa boleh mengarahkan syarikat insurans utk menanggung kos rawatan pesakit Covid-19 yang memiliki perlindungan insurans.

10. Kita mengharapkan agar Jawatankuasa Khas Bebas yang akan ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat 2021 segera dibentuk seawal minggu hadapan kerana Kabinet Malaysia tidak lagi boleh diharapkan untuk berfungsi membantu YDP Agong menyelesaikan masalah Covid-19 ini.

11. Jadi tiada istilah “Darurat Covid-19” atau “Darurat Politik” dalam Perlembagaan Persekutuan. Di bawah darurat yang diisytiharkan di bawah Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan, darurat adalah untuk tujuan menamatkan bencana yang menyebabkan ancaman keselamatan negara, yang menjejaskan kehidupan ekonomi dan keharmonian hidup rakyat.

12. Jika sekolah vernakular itu menggugat keharmonian kaum yang tidak menyumbang kepada perpaduan, melalui Ordinan Darurat 2021 ini, pihak berkuasa negara boleh sahaja menyediakan sistem Pendidikan 1 aliran di Malaysia yang seragam kurikulum dan bahasa pengantarnya untuk semua rakyat Malaysia.

13. Jadi bukan hanya Covid-19 masalah kita. Banyak lagi masalah bersangkutan yang sedia ada boleh diselesaikan dengan Darurat 2021 ini.

DAULAT TUANKU. 

(Penulis juga dikenali sebagai Buzze Azam) 

Tags: Buzze AzamCoronavirusDaruratSekolah vernakular
Previous Post

ADAKAH KES AKAN MENCECAH ANGKA 7000?

Next Post

SUATU PENGENALAN STRUKTUR ASAS PERLEMBAGAAN DARI PERSPEKTIF MALAYSIA (SIRI I)

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

CUTI DUA DARJAT ANTARA TIMBALAN MENTERI DAN RAKYAT BIASA

CUTI DUA DARJAT ANTARA TIMBALAN MENTERI DAN RAKYAT BIASA

March 2, 2021
MUHYIDDIN KATA TIADA SIDANG PARLIMEN, SEBALIKNYA YDP AGONG PERKENAN SIDANG DITERUSKAN

MUHYIDDIN KATA TIADA SIDANG PARLIMEN, SEBALIKNYA YDP AGONG PERKENAN SIDANG DITERUSKAN

February 24, 2021
YDP AGONG ZAHIR PENGHARGAAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN

YDP AGONG ZAHIR PENGHARGAAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN

February 24, 2021
YDP AGONG ZAHIR PANDANGAN PARLIMEN BOLEH BERSIDANG SEMASA DARURAT

YDP AGONG ZAHIR PANDANGAN PARLIMEN BOLEH BERSIDANG SEMASA DARURAT

February 24, 2021
MUNGKIN TUN MAHATHIR AKAN BERPUAS HATI JIKA PENDIDIKAN AGAMA DIHAPUSKAN TERUS?

MUNGKIN TUN MAHATHIR AKAN BERPUAS HATI JIKA PENDIDIKAN AGAMA DIHAPUSKAN TERUS?

February 12, 2021
PROKLAMASI DARURAT: PELUANG MELAKUKAN PERUBAHAN

PROKLAMASI DARURAT: PELUANG MELAKUKAN PERUBAHAN

February 7, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In