PAKAR PERLEMBAGAAN: PARLIMEN BOLEH BERSIDANG KETIKA DARURAT

1.3k
SHARES
7.5k
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi

Pakar Perlembagaan Prof Dr. Shamrahayu Ab. Aziz menyatakan Parlimen boleh bersidang semasa darurat. Beliau berkata demikian dalam satu wacana anjuran Facebook Sinar Harian.

Beliau turut percaya tindakan melaksanakan darurat ialah untuk mengelakkan ahli politik bercakaran sesama sendiri demi kuasa.

Jika begitu pakar Perlembagaan seperti beliau juga tidak nampak alasan konkrit kenapa darurat perlu diisytiharkan kecuali alasan politik.

Beliau beranggapan mungkin darurat perlu diisytiharkan kerana ahli politik tidak akur dengan Titah YDP Agong supaya jangan berpolitik.

Memang sukar membendung orang politik main politik. Ini negara demokrasi. Betullah suruh orang politik tidak berpolitik seperti suruh pemain bola jangan bermain bola.

Yang penting jangan merusuh dan buat demonstrasi jalanan macam “BERSIH 1-5”. Ketika itu Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin juga pakai baju kuning.

Siapa kata Muhyiddin tidak politiking?Langkah Sheraton sehingga dia dilantik sebagai Perdana Menteri ke 8 penuh dengan drama politik. Negara sudahpun dilanda pandemik COVID-19 ketika itu.

Sementara itu, Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor dari UKM mengatakan banyak juga negara lain mengisytihar darurat.

Tetapi mereka tidak menggantung Kongres seperti di USA dan Parlimen di UK. Bahkan pada hari ini ada terma persidangan jarak jauh.

Justeru memohon perkenan YDP Agung memanggil sidang khas Parlimen bukan penderhakaan seperti mana kata Annuar Musa.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts