• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Thursday, March 4, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

7 RASIONAL EKONOMI LANJUTAN MORATORIUM

JANGAN HANYA SERAHKAN PADA BUDI BICARA BANK

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
January 22, 2021
in Semasa, Utama
0
7 RASIONAL EKONOMI LANJUTAN MORATORIUM
21
SHARES
235
VIEWS

Sepanjang tempoh darurat dan PKP 2.0 ini, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berharap agar kerajaan dapat mengeluarkan arahan jelas supaya pelanjutan tempoh moratorium pinjaman dapat diberikan secara automatik kepada peminjam dengan kriteria tertentu seperti sebelum ini, bukan atas penilaian dan budi bicara sepihak oleh pihak bank.

7 rasional ekonomi utama kenapa ini perlu dilakukan:

1. Berbanding PKP 1.0, rakyat hakikatnya lebih susah kerana ramai hilang pekerjaan, dipotong gaji ataupun dikurangkan elaun, manakala rata-rata perniagaan terjejas teruk malah gulung tikar akibat kelembapan ekonomi lantaran pandemik Covid-19.

2. Oleh kerana keadaan ekonomi negara dijangkakan akan turut terjejas kerana perlaksanaan PKP 2.0 dan proklamasi darurat, sektor perniagaan serta industri kecil dan sederhana antara yang paling terkesan dan belumpun sempat pulih setelah PKP pertama, pastinya akan memberi kesan gandaan negatif kepada ekonomi.

3. Walaupun moratorium diberikan sekurang-kurangnya 6 bulan pada PKP 1.0, ternyata sektor perbankan terus mencatatkan keuntungan besar pada tahun lepas. Tidak dinafikan ada sedikit penurunan keuntungan sektor perbankan, tetapi jauh sekali mengalami kerugian.

4. Rasional ekonomi terpenting ketika krisis adalah untuk memastikan rakyat boleh terus berbelanja agar kitaran wang terus rancak bagi memastikan permintaan dalam ekonomi berkembang, sekaligus mengelakkan pengucupan ekonomi. Justeru, penangguhan bayaran pinjaman untuk tempoh masa tertentu boleh mengurangkan ketirisan keluar aliran kewangan daripada kitaran ekonomi hingga merencatkan pertumbuhan ekonomi negara dan menyukarkan proses pemulihan ekonomi itu sendiri.

5. Statistik berkenaan pendapatan sektor perbankan di Malaysia, kos serta keuntungan sebelum cukai bagi sektor ini sehingga enam bulan pertama tahun 2020 dapat dilihat di rajah 2.13 dalam laporan Bank Negara yang boleh diakses di pautan;

https://www.bnm.gov.my/fsr-2020

6. Perlanjutan tempoh moratorium secara automatik tidak akan membawa masalah kepada pihak bank. Ini kerana dalam laporan Bank Negara terbaru berkenaan Kestabilan Kewangan di bawah tajuk Financial Institution Soundness and Resilience yang boleh diakses di pautan;

https://www.bnm.gov.my/for-2020 – jelas menyatakan bahawa sektor perbankan di Malaysia berada dalam kedudukan modal yang ampuh dengan “Aggregate Capital Buffers” berjumlah Rm121.6 bilion. Ini bermakna, sektor perbankan pada kedudukan yang kukuh untuk menyerap sebarang tekanan dan kerugian jangka pendek.

7. Dengan kekukuhan sektor kewangan yang punya ketahanan modal yang kuat (well capitalised), kewajaran perintah moritorium secara automatik lebih utama bagi mengurangkan tekanan ekonomi dalam sektor ekonomi benar atau real econony (bukan kewangan) terutama yang melibatkan perbelanjaan kepenggunaan.

Justeru, dengan 7 rasional ekonomi di atas, PEMUDA UMNO mengharapkan agar kerajaan dapat memanfaatkan kuasa di bawah Ordinan Darurat untuk membuat ARAHAN JELAS kepada pihak institusi kewangan bagi tujuan lanjutan moratorium secara automatik dengan kriteria terentu dan bukannya diserahkan kepada budi bicara bank semata-mata.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

22 Januari 2021

Tags: Asyraf WajdiBNMMoratorium
Previous Post

BUKA MASJID – MOGA MENJADI PENYELESAIAN KRISIS

Next Post

PENJAJARAN SEMULA PERUNTUKAN: KERAJAAN WAJAR UTAMAKAN PEMBERIAN PERANTI

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

SOALAN UNTUK ZETI, PH DAN PN

SOALAN UNTUK ZETI, PH DAN PN

March 1, 2021
I-SINAR KWSP: 5 ISU UTAMA DIBANGKITKAN RAKYAT

I-SINAR KWSP: 5 ISU UTAMA DIBANGKITKAN RAKYAT

February 17, 2021
KRONOLOGI DESAKAN MENUNTUT PENGELUARAN I-SINAR TANPA SYARAT

KRONOLOGI DESAKAN MENUNTUT PENGELUARAN I-SINAR TANPA SYARAT

February 13, 2021
KENYATAAN SHAMSIAH MENGENAI MORATORIUM DIKECAM, LEBIH BAIK LETAK JAWATAN

KENYATAAN SHAMSIAH MENGENAI MORATORIUM DIKECAM, LEBIH BAIK LETAK JAWATAN

February 12, 2021
KERAJAAN MESTI TAHU CARA TANGANI KRITIKAN

KERAJAAN MESTI TAHU CARA TANGANI KRITIKAN

February 9, 2021
PEMUDA UMNO DESAK TUBUH RCI SIASAT TOMMY THOMAS

PEMUDA UMNO DESAK TUBUH RCI SIASAT TOMMY THOMAS

February 5, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In