• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Tuesday, March 2, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

KERAJAAN TIDAK PERLU TAKUT BERBELANJA DEMI MEMBANTU RAKYAT

Pakej stimulus ekonomi yang diumumkan wajar ditambahbaik

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
January 21, 2021
in Semasa, Utama
0
KERAJAAN TIDAK PERLU TAKUT BERBELANJA DEMI MEMBANTU RAKYAT
21
SHARES
233
VIEWS

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Tidk sesuai bila kita tuduh Menteri Kewangan Tengku Zafrul berbohong dalam isu kemasukan pelaburan ketika darurat. Memang betul, darurat ni create uncertainty dan uncertainty ini adalah satu benda yang pelabur tidak suka. 

Tetapi sebagai Menteri Kewangan, setiap patah kata Tengku Zafrul akan menjadi panduan kepada pergerakan pelabur seterusnya. Sebab itu gambaran yang perlu beliau beri hanyalah perkara positif sahaja.

Takkan hendak jadi macam Guan Eng? ‘Jujur terlajak’ jaja soal hutang sampai pelabur kecut perut. Sampaikan tahun 2019 pelaburan langsung asing negara merosot kepada RM19.6 bilion (tidak termasuk jualan aset IHH dan Sapura) berbanding RM40.4 bilion pada 2017.

Atau hendak jadi macam Mujahid? Dalam masa 5 hari selepas beliau umumkan Pelan Pemulihan Tabung Haji termasuk “jualan besar-besaran aset kepada SPV”, nilai 10 syarikat yang mana Tabung Haji mempunyai pegangan majoriti telah susut RM607 juta.

Rujuk pautan;

https://themalaysianreserve.com/2018/12/14/investors-exit-stocks-linked-to-beleaguered-tabung-haji/

RM607 juta ini boleh beri subsidi haji kepada 48,000 jemaah.

Itulah kesan suara menteri. Setiap patah kata mereka akan mempengaruhi pasaran dan keyakinan pihak luar.

Bagi saya, tidak perlu pertikai kenyataan beliau. Yang sepatutnya kita buat adalah minta penambahbaikan dalam pakej stimulus ekonomi yang telah diumumkan 2 hari lepas.

Kerajaan tidak boleh takut berbelanja. Tidak boleh terlalu fikirkan defisit fiskal. Bebaskan rakyat dengan kemudahan tunai yang cukup. Bantu peniaga kecil dengan moratorium sewaan dan ansuran bank.

Kita ada lebih RM2 trilion dari segi dana dan aset mudah cair yang terkumpul setakat 2017. Gunakanlah. Apabila ekonomi pulih, maka kita kumpullah harta semula.

Laksanakan PKP sepertimana tahun lepas. Jangan tunduk kepada tekanan konglomerat dan taikun kilang yang tidak mahu rugi menutup operasi. Berikan keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat melalui pakej kebajikan sepertimana yang pernah mereka rasa dahulu.

Kalau Jemin tidak boleh fikir benda sebegini tetapi sanggup rentas negeri untuk sembur lantai surau, maka kita bagi dia jadi tok siak sudahlah.

Setuju?

Tags: Abdul Rahim Hilmi ZakariyaKeynesianPakej Rangsangan EkonomiTengku Zafrul
Previous Post

PANDANGAN IKHLAS TUN ARSHAD AYUB WALAUPUN PAHIT DITELAN, NAMUN PERLU DIBERI PERHATIAN

Next Post

WIRA PUTRA GESA UITM BERI PENJELASAN, HENTI TINDAS PENGAMAL AKADEMIK

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

KERAJAAN MESTI TAHU CARA TANGANI KRITIKAN

KERAJAAN MESTI TAHU CARA TANGANI KRITIKAN

February 9, 2021
PERUTUSAN PERDANA MENTERI PERLU SEIMBANG ANTARA ‘PUNISHMENT’ DAN ‘REWARD’

PERUTUSAN PERDANA MENTERI PERLU SEIMBANG ANTARA ‘PUNISHMENT’ DAN ‘REWARD’

February 4, 2021
KERAJAAN SEWAJARNYA UMUM LANJUT PKP LEBIH AWAL

KERAJAAN SEWAJARNYA UMUM LANJUT PKP LEBIH AWAL

February 3, 2021
KERAJAAN JANGAN BAKHIL, PERLU BELANJA UNTUK KEPERLUAN RAKYAT

KERAJAAN JANGAN BAKHIL, PERLU BELANJA UNTUK KEPERLUAN RAKYAT

January 20, 2021
KERAJAAN PERLU MANFAAT SEPENUHNYA ‘KUASA DARURAT’ DEMI MEMBANTU RAKYAT

KERAJAAN PERLU MANFAAT SEPENUHNYA ‘KUASA DARURAT’ DEMI MEMBANTU RAKYAT

January 19, 2021
LAKSANA APA DITEGUR KETUA AUDIT NEGARA, JANGAN SENTUH JAMINAN PENDEPOSIT TH

LAKSANA APA DITEGUR KETUA AUDIT NEGARA, JANGAN SENTUH JAMINAN PENDEPOSIT TH

January 15, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In