• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Thursday, March 4, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

LANJUTKAN WAKTU TEMPAHAN MAKANAN SEHINGGA JAM 10 MALAM

Kemarahan dan kekecewaan rakyat tidak boleh dipandang ringan oleh kerajaan, sehingga mencetuskan hashtag 'trending' #sibodohkaudengar sini

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
January 20, 2021
in Laporan, Utama
0
LANJUTKAN WAKTU TEMPAHAN MAKANAN SEHINGGA JAM 10 MALAM
23
SHARES
251
VIEWS

Rakyat semakin marah dan kecewa dengan cara kerajaan mengendalikan pandemik Covid-19 walaupun telah mengisytiharkan PKP dan darurat, termasuk sikap ‘flip-flop’ kerajaan dalam banyak perkara yang tidak banyak berbeza dengan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini. 

Yang terkini rakyat turut mendesak agar kerajaan segera melanjutkan waktu untuk menempah makanan termasuk secara dalam talian  (online) sekurang-kurangnya beroperasi sehingga jam 10 malam.

Isu seperti ini berlanjutan yang masih lagi tidak dibenarkan oleh kerajaan sehingga secara tidak sengaja ia mencetuskan ‘trending‘ di laman sosial Twitter yang turut dipetik portal luar negara melalui hashtag “#sibodohkaudengarsini”.

Rujuk pautan;

https://www.scmp.com/week-asia/politics/article/3118378/listen-here-you-idiot-sibodohkaudengarsini-trends-malaysia-amid?utm_content=article&utm_medium=Social&utm_source=Facebook#Echobox=1611062784

Selain itu rakyat juga melampiaskan kekecewaan dan kemarahan mereka dalam isu ini dengan rata-rata pengguna Twitter mengecam kerajaan kerana telah hampir setahun menghadapi pandemik Covid-19 tetapi kerajaan masih tidak mahu memudahkan rakyat dengan alasan “akan mengkaji perkara tersebut terlebih dahulu”.

Rujuk pautan;

https://www.trendsmap.com/twitter/tweet/1351471502969868292

Hashtag “#sibodohkaudengarsini” bermula secara tidak sengaja apabila ada pengguna Twitter yang meremehkan isu ini dan mengecam mereka yang mahukan kerajaan melanjutkan masa tempahan makanan sehingga jam 10 malam.

Beliau memberi alasan tidak faham kenapa perkara tersebut dibesar-besarkan sedangkan tempahan boleh dibuat “sehari lebih awal” sekiranya tidak sempat pulang daripada kerja untuk membuat tempahan. 

“I tak paham orang yang buat masalah out of everything, next time order awal. Foodpanda, Grab I think 7+ baru they tak terima order. You tau you balik kerja lambat, you order lah one day before pastu letak ler dalam fridge. Esok reheat je lah. If theres a will theres a way bro.”

Cadangan beliau ini menimbulkan kemarahan pengguna Twitter lain yang mula mengecam beliau kerana tempahan awal sehari tersebut yang mula mencetuskan ‘trending‘ tersebut. 

“Si bodoh, kau dengar sini. Dengan business hour from 11-8pm tu seluruh rakyat malaysia ni order in between that time only tau. Kau tau tak sampai hang machine Foodpanda, Grab tu? Orang balik kerja takde masa nak masak sebab awal pagi esok dah kena pergi kerja balik.“

Rujuk pautan;

https://mobile.twitter.com/yarafaee_/status/1350798138710257664?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1350798138710257664%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.scmp.com%2Fweek-asia%2Fpolitics%2Farticle%2F3118378%2Flisten-here-you-idiot-sibodohkaudengarsini-trends-malaysia-amid

Isunya bukan mengenai siapa yang salah ataupun betul di sini, isunya rakyat menjadi marah dan kecewa dengan cara kerajaan mengendalikan pandemik Covid-19 yang seolah-olah seperti acuh tidak acuh sahaja dan membelakangkan rakyat.

Timbul persoalan kenapa sehingga kini kerajaan tidak mahu memudahkan rakyatnya hatta dalam urusan moratorium, pengeluaran wang KWSP dan melanjutkan masa operasi kedai makan bagi memudahkan rakyat menempah makanan, jika benar ancaman pandemik ini ingin kerajaan tangani sepenuhnya melalui PKP dan darurat.

Sedangkan dengan melanjutkan waktu operasi kedai dan gerai makanan, ia bukan sahaja memudahkan rakyatnya tetapi juga akan memberi peluang menambah pendapatan buat rakyat terjejas termasuk mereka yang memanfaatkan ‘gig economy‘ dengan menjadi penghantar makanan untuk menampung kehidupan, terutamanya mereka yang diberhentikan kerja. 

Apa guna jika syarikat-syarikat besar termasuk sektor perkilangan yang mencetuskan gelombang baru dalam kalangan warga asing masih dibenarkan beroperasi tetapi rakyat yang mencari makan melalui perniagaan makanan kecil-kecilan di tepi jalan dihadkan masanya secara tidak munasabah.

Justeru jika sehingga kini kerajaan Perikatan Nasional masih mengambil mudah dan tidak menghiraukan kemarahan dan kekecewaan rakyat dalam situasi amat mendesak ini, apa gunanya dilaksanakan PKP dan menasihati YDP Agong memohon perkenan darurat?

Ia akan dilihat sebagai alat politik pemerintah semata-mata dan bukan kerana ancaman pandemik Covid-19 bagi menjamin kelangsungan hidup dan kebajikan rakyat – yang tentunya akan dimurkai oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong kelak. 

Tags: DaruratFood PandaPenghantar makananTwitter
Previous Post

NASIHAT EKSEKUTIF DAN KUASA PERUNDANGAN DI BAWAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Next Post

MEMAHAMI TULISAN TUN ABDUL HAMID MENGENAI PROKLAMASI DARURAT

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

KERAJAAN SEPATUTNYA AKUR TITAH YDP AGONG PERKENAN SIDANG PARLIMEN

KERAJAAN SEPATUTNYA AKUR TITAH YDP AGONG PERKENAN SIDANG PARLIMEN

March 3, 2021
BERDOLAK DALIK ISU SIDANG PARLIMEN, RAZLAN SINDIR TAKIYUDDIN

BERDOLAK DALIK ISU SIDANG PARLIMEN, RAZLAN SINDIR TAKIYUDDIN

March 3, 2021
KU LI ULANGI GESAAN AHLI PARLIMEN UMNO KELUAR PERIKATAN NASIONAL

KU LI ULANGI GESAAN AHLI PARLIMEN UMNO KELUAR PERIKATAN NASIONAL

March 3, 2021
KENYATAAN “PARLIMEN TIDAK BERSIDANG SEHINGGA OGOS” BERTENTANGAN TITAH YDP AGONG?

KENYATAAN “PARLIMEN TIDAK BERSIDANG SEHINGGA OGOS” BERTENTANGAN TITAH YDP AGONG?

March 3, 2021
JANGAN ‘MANDULKAN’ AMALAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

JANGAN ‘MANDULKAN’ AMALAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

March 3, 2021
MUHYIDDIN KATA TIADA SIDANG PARLIMEN, SEBALIKNYA YDP AGONG PERKENAN SIDANG DITERUSKAN

MUHYIDDIN KATA TIADA SIDANG PARLIMEN, SEBALIKNYA YDP AGONG PERKENAN SIDANG DITERUSKAN

February 24, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In