ASAS KHAIRUDDIN CABAR PROSES SEBELUM PROKLAMASI DARURAT YDP AGONG

503
SHARES
3k
VIEWS

Oleh Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

1. Berkaitan saman Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terhadap Perdana Menteri yang dilaporkan semalam

Rujuk pautan;

https://m.malaysiakini.com/news/559458

2. Asas kepada saman beliau dilaporkan bahawa beliau mencabar keabsahan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang memberikan nasihat kepada YDP Agong untuk mengisytiharkan darurat.

3. Beliau menyatakan pada ketika nasihat itu diberikan, Muhyiddin telah kehilangan majoriti justeru beliau hilang kelayakan menjadi Perdana Menteri pada ketika memberikan nasihat itu kpd YDP Agong.

4. Beliau bukan mencabar keputusan YDP Agong mengeluarkan Proklamasi Darurat 2021 tetapi beliau mencabar proses sebelum YDP Agong mengeluarkan Proklamasi Darurat 2021 berkenaan.

5. Ini adalah satu KES LITIGASI STRATEGI yang sangat penting dalam sistem perundangan yang kita amat tunggu-tunggu apa keputusan mahkamah nanti.

6. Mahkamah akan membuat penilaian TERLEBIH DAHULU sama ada mahkamah mempunyai kuasa atau tidak untuk membuat penilaian sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai majoriti atau tidak pada tarikh nasihat diberikan kepada YDP Agong.

7. JIKA MAHKAMAH MEMUTUSKAN IA MEMPUNYAI KUASA TERSEBUT DI ATAS, tafsiran Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan akan dibuat iaitu sama ada Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan apabila beliau kehilangan majoriti.

8. Selanjutnya, JIKA MAHKAMAH MENDAPATI TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MASIH MEMILIKI MAJORITI, Mahkamah akan MENTAFSIRKAN pula sama ada YDP Agong wajib atau tidak mendengar nasihat Perdana Menteri untuk mengeluarkan Proklamasi Darurat 2021.

9. Sama ada mahkamah akan mengikut pandangan Tun Abdul Hamid Mohamad Mantan Ketua Hakim Negara ini ataupun tidak?

Rujuk pautan;

https://www.tunabdulhamid.my/index.php/speech-papers-lectures/item/1008-proklamasi-darurat-wajibkah-ydpa-mengikut-nasihat-pm?

10. Ya, ini satu KES LITIGASI STRATEGI yang amat menarik. Sama juga seperti saya mencabar Pengampunan DiRaja ke atas Anwar Ibrahim.

11. SAYA TIDAK MEMPERSOALKAN HAK PREROGATIF YDP AGONG UNTUK MENGAMPUNKAN ANWAR tetapi apa yang saya cabar adalah komposisi Lembaga Pengampunan yang tidak mengikut Perlembagaan pada ketika Lembaga Pengampunan berkenaan memberikan nasihat kepada YDP Agong.

Sekian terima kasih.

(Penulis juga dikenali sebagai Buzze Azam) 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts