PERLU ADA CARA ATASI ‘KEDURJANAAN POLITIK’

364
SHARES
2.1k
VIEWS

Oleh Tan Sri Shahrir Abdul Samad

Semenjak saya sudah dimasukkan ke dalam “Kluster Mahkamah”, iaitu meminjam terminologi pandemik Covid-19 (walaupun sebenarnya kami yang berada dalam ‘kluster’ ini tidakpun menjangkitkan orang lain), saya memberi perhatian kepada kes-kes yang dibawa ke mahkamah.

Satu kes yang menarik ialah tuntutan sivil sekumpulan pengundi Gombak terhadap Ahli Parlimen mereka, Dato Seri Azmin Ali.

Ini dilaporkan media pada 1 Disember 2020, dekat sebulan setengah dahulu. Ia disambut dengan kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi saksi bagi pihak plaintif, iaitu pengundi-pengundi Gombak yang menuntut ganti rugi daripada Azmin Ali.

Kes ini menarik kerana sudah diterima sebagai satu hakikat bahawa seseorang wakil rakyat mempunyai hak di bawah Perlembagaan Malaysia untuk menjadi ‘katak politik’.

Maka tidak ada halangan perundangan untuk menyekat kejadian melompat daripada parti asalnya kepada parti yang lain. Mereka dilindungi oleh Perlembagaan.

Jadi walaupun kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebenarnya sebuah pemerintahan yang tertubuh daripada paling ramai ‘katak politik’ dalam sejarah negara, kesahihan kerajaan ini terlindung oleh Perlembagaan Malaysia.

Oleh itu, saman sekumpulan sepuluh pengundi Gombak – “Gombak Ten” – menuntut ganti rugi di atas kegagalan kewajipan fidisuari (fidicuary duty) dan penipuan (deceit) Azmin ialah satu tindak balas pengundi terhadap wakil rakyatnya.

Negara kita tidak ada “recall system” yang membolehkan pengundi membuat petisyen supaya diadakan pilihan raya semula apabila berlakunya satu ‘kedurjanaan’ politik seperti meninggalkan parti asalnya.

Jadi saman sivil ini merupakan satu kes mahkamah yang sangat menarik.

Adakah mahkamah mampu membicarakan kes sivil ini sebagai sumbangan ke arah kematangan politik negara?

Bagi saya, perlu adanya cara mengatasi kedurjanaan politik dengan mengiktiraf bahawa seorang wakil rakyat juga ada kewajipan fidusiari dan tidak boleh menipu pengundi-pengundinya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts