Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya amat memandang serius berhubung isu tersebut yang mampu menggugat kedaulatan serta keamanan negara.

“Walaupun pimpinan Pakatan Harapan nafi ada hubungan dengan IRI, namun badan tersebut telah membuat pengakuan bahawa ada kaitan dengan memberi bantuan serta dana kepada  parti politik pembangkang sebelum ini.”

“Kerajaan persekutuan hari ini perlu membuat penjelasan kepada rakyat sama ada ada dakwaan itu adalah betul atau tidak. Kalau kata tidak ada kaitan, buktikan . Kalau menerima dana dari IRI atau mana-mana organisasi, rakyat mahu tahu berapa jumlahnya.”

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak juga mengeluarkan kenyataan mengecam perbuatan tersebut seperti di bawah: