JIKA DEWAN RAKYAT BOLEH DIGANTUNG, KENAPA TIGA DEWAN DI PAGOH TIDAK BOLEH DIGANTUNG?

1.7k
SHARES
9.9k
VIEWS

Oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Kos membina tiga Dewan baru di Parlimen Pagoh ialah RM35.4 juta?

Bukankah lebih darurat, kalau dewan-dewan sedia ada dinaiktaraf sebagai pusat kuarantin sementara pesakit Covid-19? 

Itu lebih darurat berbanding tiga dewan baru untuk Parlimen Pagoh. Perdana Menteri darurat kena tunjuk teladan.

Katanya pesakit Covid-19 yang bergejala teruk tidak lagi boleh diterima masuk ke hospital kerajaan kerana wad-wad sudah penuh.

Adakah benar Kementerian Kesihatan Malaysia juga tidak lagi mampu membuat saringan ke atas semua kontak rapat pesakit positif Covid-19? Hanya kontak rapat yang mempunyai gejala akan diuji.

Justeru, bagaimana Muhyiddin boleh tergamak membina dewan di Parlimen Pagoh dengan kos yang sebegitu besar? Adakah Perdana Menteri benar-benar serius melawan pandemik Covid-19?

Ironinya, surat kelulusan JKR untuk dewan-dewan tersebut bertarikh 11 Januari 2021 iaitu pada hari Perdana Menteri umum darurat telah diperkenan.

Tetapi adakah wajar kita ‘bising’ Muhyiddin mahu membina tiga dewan baru? Dia Perdana Menteri, bagilah ‘muka’ pada beliau.

Biasanya diktator akan buat apa sahaja. Masakan Muhyiddin mohon darurat, kalau beliau bukan diktator. Muhyiddin mahu Parlimen digantung. Mana boleh menjadi Perdana Menteri hanya untuk 8 bulan sahaja sedangkan Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. 

Lagi pelik apabila Muhyiddin kelihatan bersungguh mahukan darurat tetapi pelaksanaan PKP amat longgar. Shopping complex dibuka. Kedai dobi layan diri dan IKEA juga buka. Kilang-kilang dibenarkan beroperasi di mana pekerja mereka tinggal di asrama yang sempit dan sesak.

Sekarang peniaga pasar malam pula menuntut supaya dibenarkan berniaga. Pengusaha restoren juga mahu mereka boleh beroperasi hingga jam 10 malam.

Kalau itu dilayan, PKP kali ini tiada makna. PKP 2.0 tidak serius macam PKP 1.0. Game plan sebenar adalah ‘darurat’ untuk kekal berkuasa lebih lama.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts