KEKELIRUAN ORDINAN DARURAT

405
SHARES
2.4k
VIEWS

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

1. Sebelum saya mengulas mengenai Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, adalah penting untuk saya menjelaskan terlebih dahulu berkaitan Perkara 32 (1) dan Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan.

2. Ini kerana sejak dari semalam saya dapati ramai yang terkeliru dengan kandungan Ordinan Darurat 2021 berkenaan dan saya percaya kekeliruan ini berlaku kerana asas dan punca Kuasa Yang DiPertuan Agong menurut Perkara 32 (1) dan 39 Perlembagaan Persekutuan tidak difahami sepenuhnya terlebih dahulu.

3. Perkara 32 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa:-

Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang DiPertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa juapun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.

4. Ini bermaksud YDP Agong adalah institusi nombor satu di Malaysia; YANG HENDAKLAH DIBERIKAN KEUTAMAAN DALAM APA JUA PERKARA, MELEBIHI PERDANA MENTERI MALAYSIA (ayat saya sendiri).

5. Selanjutnya, pada Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa:-

Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang DiPertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang Persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain.

6. Huraian kepada Perkara 39 ini adalah seperti berikut iaitu, YDP AGONG ADALAH PEMILIK KUASA EKSEKUTIF PERSEKUTUAN DAN BAGINDA BOLEH MENJALANKAN SENDIRI KUASA EKSEKUTIF BERKENAAN ATAU BAGINDA JUGA BOLEH MENURUNKAN KUASA EKSEKUTIF ITU KEPADA JEMAAH MENTERI. (ayat saya sendiri)

7. Ini bermaksud, institusi YDP Agong boleh menjalankan kuasa eksekutif negara seperti mengawal ekonomi dan perbelanjaan negara atau mengawal sistem pendidikan di Malaysia, atau mengawal sistem kesihatan di Malaysia atau mengawal sistem pertahanan negara.

8. Walaubagaimanapun, YDP AGONG SEBELUM INI, TIDAK PERNAH MENGGUNAKAN KUASA PENTADBIRAN EKSEKUTIF MUTLAK BAGINDA BERKENAAN TETAPI BAGINDA MELANTIK PERDANA MENTERI DAN JEMAAH MENTERI UNTUK MENJALANKAN BAGI PIHAK BAGINDA KUASA-KUASA EKSEKUTIF PENTADBIRAN NEGARA.

9. Disebabkan perkenan YDP Agong boleh ‘meminjamkan’ kuasa eksekutif baginda berkenaan kepada Perdana Menteri atau Jemaah Menteri, maka Baginda juga boleh “mengambil semula” kuasa yang telah baginda pinjamkan tadi daripada Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.

10. Jadi, inilah asas dan PUNCA KUASA RAJA BERPELEMBAGAAN di Malaysia yang sememangnya sah di sisi Perlembagaan Persekutuan. Fakta bahawa YDP AGONG TIDAK PERNAH MENJALANKAN SENDIRI KUASA EKSEKUTIF BAGINDA SEJAK MALAYA MERDEKA DAHULU TIDAK BERMAKSUD BAGINDA TIDAK MEMPUNYAI KUASA BERKENAAN SECARA SAH DI SISI PERLEMBAGAAN.

Jadi fahamkan dahulu tulisan 10 perenggan saya ini sebelum anda boleh memahami Ordinan Darurat 2021.

Sekian terima kasih.

(Penulis juga dikenali sebagai Buzze Azam) 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts