• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Wednesday, March 3, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

PERIHAL DARURAT YANG HARUS RAKYAT TAHU – SIRI I

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
January 15, 2021
in Daulat, Utama
0
PERIHAL DARURAT YANG HARUS RAKYAT TAHU – SIRI I
24
SHARES
270
VIEWS

Soalan 1: Apakah itu darurat?

Darurat bermaksud suatu keadaan bahaya besar yang mengancam keselamatan, kesihatan ekonomi atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, sama ada ancaman besar tersebut sedang berlaku mahupun apabila Yang Di-Pertuan Agong berpuas hati itu akan berlaku seperti diperuntukkan oleh Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Soalan 2: Apakah kesan perisytiharan darurat di sisi undang-undang?

Apabila darurat diisytiharkan maka kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan boleh dilaksanakan oleh Yang Di-Pertuan Agong. Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memasyhurkan mana-mana ordinan yang dikehendaki oleh sebab darurat walaupun tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan tertakluk pada kuasa itu tidak boleh memperluas kuasa Parlimen mengenai apa-apa perkara hukum syarak atau adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di negeri Sabah atau Sarawak; dan yang tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubungan dengan apa-apa perkara sedemikian atau berhubungan dengan agama, kewarganegaraan, atau bahasa.

Baginda juga boleh memasyhurkan apa-apa ordinan sebagaimana yang didapati perlu mengikut hal keadaan jika baginda berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta-merta. Sesuatu ordinan yang dimasyhurkan mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama sebagaimana Akta Parlimen, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya seolah-olah ordinan itu ialah Akta Parlimen sehingga ordinan itu dibatalkan atau diungkaikan di bawah Perkara 150(3) atau sehingga ordinan itu luput di bawah Fasal (7). Kuasa Agong untuk memasyhurkan ordinan semasa darurat boleh dijalankan berhubung dengan apa-apa perkara mengenainya Parlimen berkuasa membuat undang-undang, tanpa menghiraukan tata cara perundangan atau tata cara lain yang dikehendaki diikuti, atau perkadaran jumlah undi yang dikehendaki diperoleh di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen.

Ringkasnya, prerogatif Yang Di-Pertuan Agong untuk membuat ordinan begitu luas selagi berada dalam batasan yang dibenarkan serta untuk mencapai maksud darurat itu diisytiharkan.

Jawapan oleh Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi

Pengasas Jurisprudens Watan

Pengarah Institut Tamadun dan Kajian Strategik

Profesor Madya Fakulti Pengurusan Industri, Universiti Malaysia Pahang (UMP) 

Tags: DaruratDr. Wan Ahmad FauziPerlembagaanYDP Agong
Previous Post

PROKLAMASI DARURAT 2021 OLEH YDP AGONG TIDAK BOLEH DITARIK BALIK

Next Post

MENGAMBIL PENGAJARAN DARIPADA DEMOKRASI YANG SUDAH RAPUH

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

KERAJAAN SEPATUTNYA AKUR TITAH YDP AGONG PERKENAN SIDANG PARLIMEN

KERAJAAN SEPATUTNYA AKUR TITAH YDP AGONG PERKENAN SIDANG PARLIMEN

March 3, 2021
BERDOLAK DALIK ISU SIDANG PARLIMEN, RAZLAN SINDIR TAKIYUDDIN

BERDOLAK DALIK ISU SIDANG PARLIMEN, RAZLAN SINDIR TAKIYUDDIN

March 3, 2021
KU LI ULANGI GESAAN AHLI PARLIMEN UMNO KELUAR PERIKATAN NASIONAL

KU LI ULANGI GESAAN AHLI PARLIMEN UMNO KELUAR PERIKATAN NASIONAL

March 3, 2021
KENYATAAN “PARLIMEN TIDAK BERSIDANG SEHINGGA OGOS” BERTENTANGAN TITAH YDP AGONG?

KENYATAAN “PARLIMEN TIDAK BERSIDANG SEHINGGA OGOS” BERTENTANGAN TITAH YDP AGONG?

March 3, 2021
JANGAN ‘MANDULKAN’ AMALAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

JANGAN ‘MANDULKAN’ AMALAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

March 3, 2021
MUHYIDDIN KATA TIADA SIDANG PARLIMEN, SEBALIKNYA YDP AGONG PERKENAN SIDANG DITERUSKAN

MUHYIDDIN KATA TIADA SIDANG PARLIMEN, SEBALIKNYA YDP AGONG PERKENAN SIDANG DITERUSKAN

February 24, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In