LAKSANA APA DITEGUR KETUA AUDIT NEGARA, JANGAN SENTUH JAMINAN PENDEPOSIT TH

379
SHARES
2.2k
VIEWS

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Seksyen 24 Akta Tabung Haji adalah satu peruntukan undang-undang yang meletakkan tanggungjawab kepada kerajaan bagi menjamin setiap sen simpanan pendeposit. Jaminan ini adalah bersifat mutlak.

Namun begitu, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada fiskal kerajaan. Walaupun tidak pernah berlaku keadaan di mana kerajaan perlu membayar wang pendeposit, tetapi di atas kertas ia masih dianggap sebagai satu bebanan kewangan.

Inilah pengorbanan kerajaan pada dekad tersebut yang mengenepikan ekonomi mikro (ekonomi fiskal) demi memastikan perkembangan ekonomi makro (ekonomi rakyat).

Jaminan tersebut memberikan keyakinan kepada umat sehinggakan simpanan deposit meningkat mendadak daripada sekitar RM5 bilion pada 1995 kepada RM73.5 bilion pada 2017.

Dengan modal sebesar inilah Tabung Haji (sebelum 2018) telah berjaya menjadi pemain utama dalam pelbagai sektor strategik seperti hartanah, pembinaan, perladangan dan perhotelan. Bukan sahaja di dalam negara, malah TH juga berjaya meninggalkan ‘foot print‘ mereka di negara maju seperti Australia.

Jesteru itu, sekiranya Seksyen ini mahu dipinda, mahu dipinda lagi ke mana? Ia sudah sempurna bagi kepentingan pendeposit Muslim. Ia hanya tidak sempurna bagi kepentingan kerajaan dan institusi kewangan lainnya.

Kerana jika jaminan ini dipinda atau dibuang, maka kedudukan fiskal kerajaan akan lebih baik. Ia juga akan meratakan padang untuk bank-bank lain. Inilah mazhab ekonomi pasaran bebas (liberal internationalist) yang percaya kepada kesaksamaan persaingan.

Tetapi adalah amat mustahil untuk mana-mana pindaan selepas ini akan menguntungkan pendeposit. 

Membaca kenyataan Menteri Agama Dato Dr Zulkifli Al Bakri juga membimbangkan. Katanya ‘penambahbaikan’ ini juga seiring dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Tabung Haji yang sedang dilaksanakan kerajaan bagi menjamin kelestarian institusi kewangan ini.

Rujuk pautan;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4029161717147600&id=654227084641097

Dato Seri, kelestarian apa? Dalam badan berkanun dan GLC, faktor kelestarian ini adalah berdasarkan penilaian Ketua Audit Negara.

Dapatan rasmi Ketua Audit Negara pada tahun lepas adalah Tabung Haji berisiko tidak mendapat kembali RM27 bilion hutang (sukuk) daripada UJSB mengikut masa yang ditetapkan. Ini semua adalah natijah Pelan Pemulihan Tabung Haji yang dibuat pada zaman Pakatan Harapan dan sedang dikekalkan pula oleh pentadbiran hari ini.

Jadi kelestarian apa?

Sepatutnya Dato Seri usahakan jaminan kerajaan terhadap sukuk tersebut. Perbaiki segala teguran oleh Ketua Audit Negara terhadap Tabung Haji. Barulah perniagaan Tabung Haji akan menjadi lestari. Tidak perlu disentuh berkenaan jaminan pendeposit yang sudahpun dipersetujui.

Tetapi apakah langkah yang sudah diambil bagi memastikan teguran Ketua Audit Negara ini dipenuhi? Laporan Kewangan 2019 akan dibentang bila lagi?

Atau sekarang kita hendak pakai alasan darurat sahaja?

Saya percaya Dato Seri seorang yang baik. Tetapi saya juga percaya Dato Seri sedang mendapat gambaran yang salah terutama oleh lantikan-lantikan Pakatan Harapan yang masih kekal dalam Tabung Haji.

Apa yang sedang berlaku ini akan menyebabkan kehilangan kepercayaan umat Islam ke atas kerajaan sedia ada. Jika Pakatan Harapan ditolak kerana gagalnya mereka menguruskan Tabung Haji, maka kenapa Dato Seri mahu mengulang perkara yang sama?

Simpatilah kepada Timbalan Menteri Agama Ustaz Marzuk (PAS) dan Timbalan Menteri Kewangan II YB Shahar (UMNO) yang selama ini kami lihat sangat bersungguh dalam memperbaiki kepincangan kerajaan lama.

Ambillah penasihat yang betul. Kerana tumbangnya empayar-empayar dunia seperti Rom, Khwarizam, Parsi dan Uthmaniah adalah apabila pemerintahnya dikelilingi oleh wazir yang merosakkan.

Semoga Allah SWT menjaga Dato Seri. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts