• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Wednesday, January 27, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

KURANGKAN PERBELANJAAN, POTONG GAJI MENTERI TIADA FUNGSI

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
January 14, 2021
in Ulasan, Utama
0
KURANGKAN PERBELANJAAN, POTONG GAJI MENTERI TIADA FUNGSI
41
SHARES
452
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

14 Januari 2021 | 1 Jamadilakhir 1442H

1. 3 hari berlalu sejak Proklamasi Darurat diisytiharkan oleh YDP Agong. Namun masih belum wujud Jawatankuasa Khas Bebas Darurat sehingga ramai yang mula mempertikai dan mempolitikkan Proklamasi Darurat yang telah dimasyhurkan.

2. Jika dilihat dari segi konteks, darurat kesihatan yang diisytiharkan jelas menjurus kepada penyelesaian bagi penularan wabak pandemik COVID-19 yang meningkat setiap hari ke tahap membimbangkan sebelum ini. Maka, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat ini hendaklah menumpukan untuk melantik dari kalangan ahli yang pakar dalam pengurusan kesihatan, pembangunan ekonomi dan pendapatan isi rumah dan kawalan barang keperluan rakyat.

3. Wira PUTRA melihat ada percanggahan dan tidak relevan apabila Parlimen digantung dan tidak boleh bersidang, namun jemaah menteri masih berfungsi seperti biasa dengan gaji semasa. Begitu juga mahkamah dibenarkan menjalankan fungsi setiap hari, sedangkan Parlimen bukannya perlu bersidang hari-hari tetapi tidak dibenarkan.

4. Oleh itu, darurat kesihatan ini tiada kena mengena atau tiada keperluan dengan mengekalkan terlalu banyak menteri dan timbalan menteri iaitu sehingga 70 orang. Mengambil contoh ketika darurat yang lebih kritikal satu ketika dahulu, ahli jawatankuasa utamanya tidak lebih 20 orang dan betul-betul melantik mereka yang betul-betul berperanan.

5. Wira PUTRA mencadangkan, sewajarnya jumlah menteri kabinet dikurangkan kepada kementerian perlu dan berfungsi penuh sahaja. Ini setidaknya mampu memberi fokus dan sekurang-kurangnya gaji menteri yang tidak berkenaan hingga mencecah puluhan ribu seorang untuk setiap bulan dapat dipindah dan disalurkan kepada perkara-perkara lain yang lebih utama. Yang paling utama adalah imbuhan kepada para frontliner badan kesihatan dan keselamatan yang bertugas tidak kira panas terik, hujan ribut, masa bersama keluarga yang tergadai serta keselamatan serta kesihatan diri yang sentiasa terdedah kepada wabak

6. Ini juga bagi mengelakkan ada di kalangan Menteri dan Timbalan Menteri makan gaji buta, tiada kerja atau tugas selari dengan tempoh darurat melainkan berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing, sedangkan ada rakyat yang masih belum pulih ekonominya, ada yang bekerja gaji hari, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang terpaksa ikat perut kembali bagi memastikan keluarga dan diri ada sesuap nasi kerana kuasa membeli dan peluang pekerjaan yang merosot.

7. Ini termasuklah jawatan duta bertaraf Menteri yang dijawat individu tertentu bertujuan membawa pelaburan masuk ke negara ini namun hampir setahun berlalu namun tiada langsung pelaburan yang masuk termasuk daripada Timur Tengah.

Tidak mungkin ini sahaja tahap duta bertaraf menteri, sekadar meraih pendapatan lumayan dari duit rakyat untuk diri sendiri. Ini pembaziran nyata duit rakyat yang ‘mengenyangkan tembolok’ orang tertentu hingga lupa nilai asas menjadi pemimpin yang berkhidmat demi rakyat.

Namun jika ia difikirkan perlu atas hemat YDP Agong, Wira PUTRA mencadangkan sekurang-kurang dua pertiga gaji mereka dipotong dan hanya diberi elaun menjawat jawatan sahaja.

Sekian.

Oleh Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

Tags: DaruratNasrul Ali HasanPUTRAYDP Agong
Previous Post

MASJID TEMPAT BERHIMPUN PALING SELAMAT

Next Post

TUN RAZAK: BAPA PENYATUAN UMMAH DAN BANGSA MALAYSIA

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

STOP DISPUTING THE MALAY RIGHTS – PUTRA

STOP DISPUTING THE MALAY RIGHTS – PUTRA

January 27, 2021
PARLIMEN KINI BOLEH DIBUBARKAN MELALUI KUASA PREROGATIF YDP AGONG

PARLIMEN KINI BOLEH DIBUBARKAN MELALUI KUASA PREROGATIF YDP AGONG

January 26, 2021
SUATU PENGENALAN STRUKTUR ASAS PERLEMBAGAAN DARI PERSPEKTIF MALAYSIA (SIRI I)

SUATU PENGENALAN STRUKTUR ASAS PERLEMBAGAAN DARI PERSPEKTIF MALAYSIA (SIRI I)

January 25, 2021
TIDAK WAJAR DARURAT 2021 HANYA DIHADKAN UNTUK COVID-19 SAHAJA

TIDAK WAJAR DARURAT 2021 HANYA DIHADKAN UNTUK COVID-19 SAHAJA

January 24, 2021
ADAKAH KES AKAN MENCECAH ANGKA 7000?

ADAKAH KES AKAN MENCECAH ANGKA 7000?

January 24, 2021
PAKAR PERLEMBAGAAN: PARLIMEN BOLEH BERSIDANG KETIKA DARURAT

PAKAR PERLEMBAGAAN: PARLIMEN BOLEH BERSIDANG KETIKA DARURAT

January 23, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In