BEZA KERAJAAN MAJORITI LEMAH DENGAN KERAJAAN TIADA MAJORITI

981
SHARES
5.8k
VIEWS

Oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Tidak ada siapa tahu berapa jumlah sokongan terhadap Muhyiddin apabila beliau diperkenan sebagai Perdana Menteri ke-8. Tiada SD, tiada senarai yang didedah sebagai bukti.

Ia hanya diketahui bila berlaku undian untuk melantik Azhar Harun sebagai Speaker. Rupanya 113 sahaja. Sebab itu Kerajaan Perikatan Nasional dikenali sebagai kerajaan majoriti lemah.

Sekarang tinggal 109 bila Nazri Aziz dan Ahmad Jazlan tarik balik sokongan kepada Kerajaan PN dan Muhyiddin. Ini adalah kerajaan tiada majoriti.

Maka timbul isu perundangan adakah Muhyiddin memberi nasihat sejujurnya kepada Yang DiPertuan Agung untuk proklomasi darurat? Beliau sudah kehilangan sokongan majoriti ketika itu.

Sebab itu langkah Muhyiddin adalah langkah politik sama dengan usahanya untuk mendapatkan perkenan YDP Agung untuk proklomasi Darurat 1.0. Ia ditolak oleh Majlis Raja-Raja Melayu.

Ada Menteri mengaku mereka hanya dimaklumkan mengenai darurat 1.0 dalam mesyuarat Kabinet. Tiada perbincangan. Alasannya bimbang Bajet 2021 ditolak dan untuk mengelak PRK Batu Sapi.

Sebab itu langkah Darurat 2.0 hanya langkah politik. COVID-19 dijadikan alasan. Apa kena mengena Parlimen digantung sampai Ogos tetapi shopping complex dibenarkan buka? 

Walaupun ada yang mendakwa kerajaan minoriti masih boleh berfungsi, tetapi dari segi moral, Muhyiddin tidak bermoral kerana hanya 109 Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Justeru beliau hanya memperkukuhkan lagi ketidakstabilan dalam negara dan akan membawa padah lebih buruk kepada ekonomi. Tempoh 10 bulan bukti Muhyiddin gagal memulihkan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Beliau menolak rekonsilisasi politik. Sebaliknya mengambil pendekatan autokratik apabila memohon perkenan darurat. Beliau mahu kekal berkuasa.

Muhyiddin dan penyokongnya gembira kononnya UMNO kena ‘checkmate‘ sebelum 31 Januari.

Ingatlah, ini bukan lagi kerajaan majoriti lemah tetapi kerajaan tiada majoriti.

Rakyat akan ‘checkmate‘ anda.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts