TIADA LAGI PKP DENGAN PROKLAMASI DARURAT 2021

494
SHARES
2.9k
VIEWS

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

1. Apabila Yang Di-Pertuan Agong telah mengeluarkan Proklamasi Darurat di bawah Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan, maka pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh YAB Perdana Menteri untuk tempoh 13 hingga 26 Januari 2021 ADALAH TERBATAL SECARA AUTOMATIK.

2. Dan yang berkuatkuasa kini adalah Proklamasi Darurat untuk tempoh 13 Januari 2020 hingga 1 Ogos 2021.

3. Ketika tempoh darurat ini, cabang legislatif Parlimen yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah digantung.

4. Pada masa yang sama, disebabkan Parlimen telah digantung, maka barisan Kabinet yang terdiri dari Perdana Menteri dan Menteri-Menteri serta Timbalan Menteri juga turut digantung tugasnya.

5. Dan yang mengetuai pentadbiran Eksekutif Negara sekarang adalah Yang Di-Pertuan Agong mengikut Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan.

6. Dalam menjalankan fungsi Eksekutif YDP Agong berkenaan, baginda telah perkenan untuk melantik Jawatankuasa Bebas untuk membantu baginda membuat keputusan-keputusan pentadbiran termasuk dan tidak terhad kepada memperkenankan apa-apa Ordinan Darurat menurut Perkara 150 (2B) Perlembagaan Persekutuan.

7. Menurut Perkara 150 (2C) Perlembagaan Persekutuan, apa-apa Ordinan Darurat yang diisytiharkan baginda di bawah Perkara 150 (2B) adalah berkuatkuasa sama seperti Akta Parlimen dan hendaklah undang-undang itu terus berkuatkuasa sehingga ia dibatalkan mengikut Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan oleh Majlis Parlimen apabila Majlis Parlimen diperkenankan untuk bersidang nanti.

8. Semua tindakan dan keputusan yang dibuat oleh YDP Agong ketika Proklamasi Darurat ini TIDAK BOLEH DICABAR DI MANA-MANA MAHKAMAH mengikut Perkara 150 (8) Perlembagaan Persekutuan.

9. Oleh yang demikian, mana-mana pihak yang mempersoalkan ‘nasihat’ YAB Perdana Menteri kepada YDP Agong untuk mengisytiharkan darurat adalah satu bentuk penderhakaan (treason) terhadap YDP Agong kerana kuasa mengeluarkan Proklamasi Darurat adalah kuasa budi bicara prerogatif mutlak YDPA apabila baginda berpuas hati bahawa satu ancaman terhadap keselamatan negara, jetenteraman awam dan terjejasnya kehidupan ekonomi rakyat sedang berlaku.

10. Jawatankuasa Bebas di bawah Proklamasi Darurat ini HENDAKLAH DIBENTUK DENGAN SEGERA DAN AHLI JAWATANKUASA INI PERLU TERDIRI DARIPADA TOKOH-TOKOH TERHORMAT NEGARA YANG BEBAS DARIPADA IKATAN POLITIK UNTUK MENGEMBALIKAN KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP MALAYSIA.

Sekali lagi saya tegaskan, ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak berkaitan dengan mana-mana organisasi yang boleh dikaitkan dengan saya.

Pandangan saya ini bukanlah yang paling betul tetapi Inilah pandangan yang paling jujur, ikhlas dan berterus terang dari hati nurani saya selaku rakyat Malaysia.

Sekian dan terima kasih

(Penulis juga dikenali sebagai Buzze Azam) 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts