RAMIFIKASI PERISYTIHARAN DARURAT

371
SHARES
2.2k
VIEWS

Ramifikasi perisytiharan darurat secara umumnya undang-undang biasa boleh tergantung dan kuasa eksekutif terpahat kepada Yang DiPertuan Agong di mana baginda boleh membuat ordinan-ordinan yang pada hemat baginda perlu dibuat dan dimasyhurkan (Perkara 150(2B). Ordinan tersebut menjadi undang-undang yang baik (good law) walaupun terdapat ketidakpatuhan prosedur (Perkara 150(2C)).

Kuasa eksekutif bagi Persekutuan pula dilanjutkan kepada kuasa-kuasa yang dimiliki Negeri (Perkara 150(4)) di mana tiada undang-undang boleh diisytiharkan tidak sah kerana bercanggah dengan Perlembagaan (Perkara 150(6)). Walau bagaimanapun lanjutan kuasa ini tidak boleh terpakai berkaitan dengan undang-undang Islam dan adat Melayu (Perkara 150(6A)).

Walau apapun di dalam Perlembagaan keputusan Yang DiPertuan Agong tidak boleh dicabar berkaitan darurat ini (Perkara 150(8)).

Oleh yang demikian kesimpulannya, Perlembagaan Persekutuan adalah tergantung dan kuasa eksekutif berpusat kepada Persekutuan. Tentera juga boleh memainkan peranan bagi mengekalkan keamanan dalam negara.

Timbul persoalan kepada saya adakah kerajaan sekarang ini kekal? Ia terpulang kepada Yang DiPertuan Agong samada mengekalkan kerajaan sekarang ataupun melantik pihak lain untuk membantu baginda.

Datuk Zainul Rijal bin Abu Bakar

Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts