• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Monday, January 18, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

JANGAN SALAHKAN TENGKU ZAFRUL PELABUR ASING TIDAK YAKIN MELABUR DI MALAYSIA

Kerajaan Perikatan Nasional masih tiada hala tuju jelas mengenai polisi pelaburan negara

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
January 11, 2021
in Ulasan, Utama
0
JANGAN SALAHKAN TENGKU ZAFRUL PELABUR ASING TIDAK YAKIN MELABUR DI MALAYSIA
567
SHARES
6.3k
VIEWS

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Tidak berapa tepat kalau hendak ‘serang’ Tengku Zafrul apabila pelabur luar tidak yakin dengan Malaysia. Menteri Kewangan ini kerjanya buat polisi kewangan, bukan buat polisi pelaburan.

Polisi pelaburan ni kerja Menteri lain. Menteri Kewangan hanya boleh buat polisi kewangan bagi menyokong dasar ekonomi yang telah dipersetujui.

Dan saya sudah sebut 3 hari lepas, bahawa masalah utama kita adalah tiada polisi jelas. Sebab itu dalam Bajet 2021 pun, insentif kewangan hanya bersifat umum dan kurang berfokus kepada industri utama.

Contoh tahun 2005 apabila Pak Lah berhasrat hendak jadikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam, maka dibuat polisi kewangan yang menjadikan sukuk sebagai instrumen ekonomi. Khazanah Nasional adalah antara pelanggan utama sukuk ketika itu yang akhirnya berjaya meyakinkan pihak swasta untuk terlibat sama.

Masa krisis ekonomi global 2009 pula, hala tuju negara bagi mengatasi masalah tersebut adalah dengan memastikan rakyat kekal berbelanja. Supaya aliran tunai dalam negara tidak terjejas.

Maka segala polisi pada ketika itu dibuat menjurus kepada perbelanjaan rakyat. Untuk meyakinkan rakyat bahawa pendapatan mereka kekal terjamin.

Oleh itu dilambakkan RM60 bilion melalui Bajet Mini 2009 dengan polisinya adalah untuk memberi dana jaminan, pelaburan ekuiti, insentif kewangan, cukai dan projek berskala tempatan atau kecil.

Sebab itu walaupun negara lain sampai bankrap, tetapi kita tidak terasa. Tidak sepertimana tahun 1998.

Jadi sebelum anda hendak marah Tengku Zafrul, anda kena tanya; Apa polisi ekonomi negara?

Setiap kali berlaku pembatalan atau penangguhan projek, maka kita akan beri alasan bahawa tumpuan utama adalah mengatasi Covid-1, seolah-olah Covid-19 sudah menjadi satu ‘barrier‘ kepada segala apa yang kita hendak lakukan.

Ia bukan satu ‘signal‘ yang baik kepada pelabur. Pelabur akan tafsirkan bahawa mereka hanya perlu memasuki Malaysia selepas wabak ini selesai.

Tidak boleh terlalu jadikan Covid-19 sebagai alasan. Zaman Saidina Umar, telah berlaku wabak taun yang membunuh para sahabat di Syam. Tetapi tidak pula menghalang baginda daripada memulakan polisi perluasan kuasa yang akhirnya berjaya membuka Mesir dan Utara Afrika setahun selepas itu.

Polisi negara perlu jelas. Dasar WKB 2030 yang dimulakan oleh Pakatan Harapan sepatutnya sudah lama dibuang. Jangan kembali diagungkan. Kerajaan perlu berani berbelanja dan membenarkan rakyat berbelanja supaya tambahan tunai dalam pasaran akan meyakinkan pelabur untuk datang.

Jangan takut dengan penurunan rating dan penarafan. Itu semua kita boleh baiki kemudian.

Dan buanglah Jemin tu. Selama ada inipun sekadar menyakitkan mata. 

Tags: Abdul Rahim Hilmi ZakariyaAzminTengku Zafrul
Previous Post

GUAN ENG PUNCA PROJEK TERTANGGUH, TETAPI MCA DAN KERAJAAN DISALAHKAN

Next Post

9 PUNCA AHMAD JAZLAN TARIK DIRI DARIPADA MENYOKONG PERIKATAN NASIONAL

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

PERLU ADA CARA ATASI ‘KEDURJANAAN POLITIK’

PERLU ADA CARA ATASI ‘KEDURJANAAN POLITIK’

January 18, 2021
LETAK JAWATAN JIKA GAGAL PACU EKONOMI NEGARA

LETAK JAWATAN JIKA GAGAL PACU EKONOMI NEGARA

January 16, 2021
LAKSANA APA DITEGUR KETUA AUDIT NEGARA, JANGAN SENTUH JAMINAN PENDEPOSIT TH

LAKSANA APA DITEGUR KETUA AUDIT NEGARA, JANGAN SENTUH JAMINAN PENDEPOSIT TH

January 15, 2021
DARURAT MEMUDAHKAN KERAJAAN MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG BAGI MENGEKANG COVID-19

DARURAT MEMUDAHKAN KERAJAAN MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG BAGI MENGEKANG COVID-19

January 13, 2021
APAKAH KESAN PENGISYTIHARAAN DARURAT TERHADAP AMALAN DEMOKRASI DAN EKONOMI NEGARA?

APAKAH KESAN PENGISYTIHARAAN DARURAT TERHADAP AMALAN DEMOKRASI DAN EKONOMI NEGARA?

January 12, 2021
PERJUANGAN DAN TINDAKAN PARTI POLITIK MESTILAH BERSIFAT ‘PEOPLE-CENTRIC’, MEMENTINGKAN RAKYAT

PERJUANGAN DAN TINDAKAN PARTI POLITIK MESTILAH BERSIFAT ‘PEOPLE-CENTRIC’, MEMENTINGKAN RAKYAT

January 8, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In