GUAN ENG PUNCA PROJEK TERTANGGUH, TETAPI MCA DAN KERAJAAN DISALAHKAN

1.1k
SHARES
6.7k
VIEWS

“Bodoh sombong, menyusahkan rakyat”. Dia sendiri bikin masalah, dia minta orang lain selesaikan. Inilah kata-kata yang kita boleh simpulkan untuk orang yang bernama Lim Guan Eng.

Guan Eng minta kerajaan Perikatan Nasional hentikan politik dendam terhadap Pulau Pinang, daripada 4 projek salah satunya adalah “Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.”

Apa sebenarnya yang berlaku tentang projek ini? Serta kenapa Guan Eng minta kerajaan teruskan?

Dalam satu artikel di Facebook Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong beliau menjelaskan, projek ini sebenarnya TELAH DILULUSKAN oleh kerajaan Barisan Nasional dalam Belanjawan 2018 di mana projek ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Malaysia Airports Berhad (MAHB).

Namun apa yang menyebabkan projek ini tergendala? 

Selepas menang PRU-14, Guan Eng sebagai Menteri Kewangan umum lapangan terang seluruh negara akan diswastakan melalui kaedah REIT.

Ia TERGENDALA apabila Guan Eng umum projek pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang akan diswastakan melalui “Private Financing Initiative” (PFI). Dia sendiri yang umumkan dalam perbahasan Belanjawan 2019 ketika menjadi Menteri Kewangan.

Guan Eng menyuruh MAHB berunding dengan syarikat Ideal Property yang merupakan KAWAN RAPAT Guan Eng yang banyak mendapat projek di Pulau Pinang semasa dia Ketua Menteri termasuk sebahagian daripada projek PTMP bernilai RM46 bilion.

Padahal semasa pentadbiran Barisan Nasional, projek ini sudah berjalan sebelum PRU-14 lagi. Tetapi kerana sayang sangat kepada kroni, dia sendiri yang tangguhkan! Selepas itu menyalahkan kerajaan Perikatan Nasional dan Datuk Seri Wee (MCA) kononnya “ini dendam politik PN”.

MAHB tidak berpeluang untuk memulakan projek ini akibat daripada banyak penangguhan semasa kerajaaan Pakatan Harapan yang ketika itu Lim Guan Eng adalah Menteri Kewangannya.

Apa yang lebih malang, projek tersebut terpaksa ditangguhkan sekali lagi apabila jumlah pengguna lapangan terbang secara drastik menurun mendadak akibat ‘serangan’ pandemik Covid-19 di seleuruh negara. Keadaan ini menyebabkan MAHB menerima tekanan aliran wang tunai dan kurang mampu untuk meneruskan projek pembesaran lapangan terbang.

Dia sendiri tangguh demi menjaga kroninya, MCA pula yang disalahkan nya! 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts