• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Monday, January 18, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

LANGKAH MUHYIDDIN LANTIK TIMBALAN PERDANA MENTERI DARIPADA UMNO

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
January 11, 2021
in Politik, Utama
0
LANGKAH MUHYIDDIN LANTIK TIMBALAN PERDANA MENTERI DARIPADA UMNO
282
SHARES
3.1k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Saya mendengar ura-ura kelmarin bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin akan melantik seorang Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO dalam usahanya untuk menyelamatkan hubungan partinya PPBM dengan UMNO.

Seperti yang saya nyatakan beberapa bulan lalu, jika pelantikan ini dibuat dengan semberono dan tidak kena calonnya maka ia akan mencetuskan kemelut dalam UMNO dan memecahbelahkan UMNO dari dalam.

Mungkin ini yang Muhyiddin mahu, iaitu menyelamatkan partinya PPBM dengan ‘membeli’ sedikit masa bernafas dan pada masa yang sama menghuru-harakan dan melemahkan UMNO.

Calon yang Muhyiddin mahu dan selesa tentunya tidak akan dipersetujui oleh rata-rata akar umbi dan pemimpin UMNO kerana calon ini akan dilihat cenderung menyebelahi Muhyiddin dan PPBM.

Dan sebaliknya calon yang akar umbi dan pemimpin UMNO mahu besar kemungkinan tidak akan diterima oleh Muhyiddin dan PPBM.

PPBM tidak lagi boleh ‘membeli’ UMNO dan UMNO tidak akan menjual diri.

Dan jikapun kedua-dua parti boleh bersetuju dengan satu nama, jawatan ini hanyalah bersifat sementara selama beberapa bulan sahaja, sebab dengan majoriti yang tipis atau tiada majoriti dalam Parlimen, kemelut politik tentunya akan berlaku lagi dalam sedikit masa sehinggalah Parlimen dibubar.

Dan UMNO tentunya perlu korbankan pelbagai perkara kepada Muhyiddin menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 sebagai timbal balas.

Buat apa terima satu jawatan timbalan untuk beberapa bulan tetapi korbankan perjuangan dan maruah parti kepada PPBM?

Dan seperti saya kata sebelum ini, oleh kerana PPBM terdiri daripada pelbagai pengkhianat, rakyat akan tolak mereka dalam pilihan raya dan jika kita (UMNO) beri laluan kepada mereka (PPBM), PH yang akan menang dan kembali berkuasa.

Ini tidak bijak dan tidak boleh diterima akal.

Hakikatnya, langkah PPBM ini tidak akan menyelesaikan masalah malah dilihat terdesak.

Akar umbi dan pucuk pimpinan UMNO rata-rata sudah boleh baca perkara ini, malah langkah ini sudahpun terlambat dan tidak lagi akan dapat memujuk UMNO untuk menyelamatkan PPBM.

Sebab itu Muhyiddin dan PPBM tidak lagi ada banyak pilihan selain meletakkan jawatan kerana mereka dilihat hanya fokus berpolitik untuk menyelamatkan diri namun keadaan ekonomi dan penularan COVID-19 semakin hari semakin buruk.

Mereka telah gagal untuk mengekang kenaikan penularan COVID-19 dan gagal mengendalikan ekonomi ketika krisis.

Dan dengan kuasa yang ada sebagai kerajaan, daripada membuat perkara-perkara terdesak yang memburukkan lagi keadaan dan membuat rakyat marah, buatlah perkara-perkara yang diminta oleh rakyat iaitu;

1. Memudahkan pengeluaran akaun 1 KWSP tanpa pelbagai syarat yang menekan.

2. Melanjutkan moratorium pinjaman bank sehingga enam bulan lagi atau sehingga keadaan ekonomi dan COVID-19 beransur pulih dan rakyat kembali mendapat kerja atau boleh berniaga seperti sebelum ini.

3. Mempercepatkan penyampaian vaksin kepada rakyat supaya penularan virus dapat dikekang.

4. Mempercepatkan bantuan banjir kepada rakyat.

Bukannya sibuk berpolitik untuk mengekalkan kuasa tetapi kepentingan rakyat tidak dijaga.

Rakyat memerhati tindak tanduk anda ketika berkuasa dan rakyat juga boleh menggantikan anda.

11 Januari 2021

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/896766141078911/?d=n

Tags: Hishamuddin Tun HusseinIsham JalilIsmail SabriMuhyiddinTimbalan Perdana Menteri
Previous Post

PENCEROBOH CINA KAWAL TANAH CEROBOH SEPERTI MILIK ‘BAPAK’ MEREKA

Next Post

GUAN ENG PUNCA PROJEK TERTANGGUH, TETAPI MCA DAN KERAJAAN DISALAHKAN

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

JIKA DEWAN RAKYAT BOLEH DIGANTUNG, KENAPA TIGA DEWAN DI PAGOH TIDAK BOLEH DIGANTUNG?

JIKA DEWAN RAKYAT BOLEH DIGANTUNG, KENAPA TIGA DEWAN DI PAGOH TIDAK BOLEH DIGANTUNG?

January 18, 2021
LETAK JAWATAN JIKA GAGAL PACU EKONOMI NEGARA

LETAK JAWATAN JIKA GAGAL PACU EKONOMI NEGARA

January 16, 2021
KEWAJARAN MURID SEKOLAH DIBENARKAN BERAMBUT PANJANG DIPERTIKAI

KEWAJARAN MURID SEKOLAH DIBENARKAN BERAMBUT PANJANG DIPERTIKAI

January 15, 2021
BEZA KERAJAAN MAJORITI LEMAH DENGAN KERAJAAN TIADA MAJORITI

BEZA KERAJAAN MAJORITI LEMAH DENGAN KERAJAAN TIADA MAJORITI

January 14, 2021
APA SAHAJA CARA ‘COUNTER’, HAKIKATNYA PERDANA MENTERI TELAH HILANG SOKONGAN

APA SAHAJA CARA ‘COUNTER’, HAKIKATNYA PERDANA MENTERI TELAH HILANG SOKONGAN

January 13, 2021
DARURAT MEMUDAHKAN KERAJAAN MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG BAGI MENGEKANG COVID-19

DARURAT MEMUDAHKAN KERAJAAN MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG BAGI MENGEKANG COVID-19

January 13, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In