BEZA AHMAD JAZLAN DENGAN ANNUAR MUSA

5.1k
SHARES
30k
VIEWS

Tahniah Datuk Ahmad Jazlan. Beliau umum tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. 12 Ketua Bahagian Kelantan kecuali Tan Sri Annuar Musa berdiri teguh di belakang beliau.

Rasanya kalau Jazlan menjemput Ketua Bahagian negeri lain, pasti ramai yang sanggup berdiri di belakang beliau tanda sokongan.

Sebelum itu Jazlan meletak jawatan sebagai Pengerusi MPOB. Semoga ada Ahli Parlimen UMNO kecuali Annuar Musa akan ikut jejak Jazlan.

Sudah pasti Annuar Musa tidak akan lakukannya. Tun Faisal pasti bantah. Susah nanti dia hendak cari ketua baru. 

Hakikatnya Annuar Musa dilantik Menteri Wilayah kerana ketika itu beliau adalah Setiausaha Agung UMNO. Dia bukan ditunjuk oleh Hishamuddin atau Hamzah.

Secara prinsip eloklah dia meletak jawatan Menteri kerana beliau bukan lagi Setiausaha Agung Barisan Nasional. Tetapi beliau tentu akan mencari alasan kenapa tidak perlu meletakkan jawatan.

Annuar Musa akan kata lantikan Menteri adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri. Pandai kamu. Confirm kekal Menteri.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts