• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Wednesday, January 27, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

POLITIK NEGARA MERUNCING, MOHON PERKENAN YDP AGONG ISYTIHAR DARURAT

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
January 10, 2021
in Semasa, Utama
0
POLITIK NEGARA MERUNCING, MOHON PERKENAN YDP AGONG ISYTIHAR DARURAT
386
SHARES
4.3k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI PUTRA

1. Terkini politik negara semakin meruncing. Kerajaan Perikatan Nasional sudah “nyawa-nyawa ikan”. Mengikut hukum Demokrasi Berparlimen, ia sudah menjadi “kerajaan tergantung” kerana Ahli Parlimen Machang telah isytihar secara terbuka menarik diri dari memberi sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional. Ini bermakna jumlah pihak kerajaan kini tinggal 110 sahaja. Ini baru MP Machang. Jika dua atau tiga lagi Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan sudah pasti kerajaan Perikatan Nasional tersungkur.

2. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa kerajaan Perikatan Nasional sebenarnya sudah lama tumbang jika Speaker membenarkan usul tidak percaya dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat. Malah sebelum pembentangan Belanjawan 2021 pada bulan November 2020 lagi. Belanjawan mendapat sokongan ‘cukup makan’ 111 Ahli Parlimen kerana menyokong belanjawan demi menghormati titah DYMM YDP Agong.

3. Susulan dengan keputusan UMNO Bahagian-bahagian dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO membuat keputusan menolak kerjasama dengan Bersatu, bermakna Kerajaan Perikatan Nasional sudah hilang majoriti. Kewujudannya hanya atas dasar ‘teknikal’ sahaja. Hanya tunggu proses fomaliti sahaja untuk jatuh secara rasmi dan muktamad.

4. Maka kestabilan politik negara sudah tergugat. Pelabur-pelabur sudah pasti hilang keyakinan. Ekonomi negara makin merudum dan tenat akibat ancaman Covid-19 dan ketiadaan kestabilan politik. Negara sedang melalui krisis kepimpinan yang membingungkan. Ini semua akibat percaturan politik parti-parti politik dan pemimpin-pemimpinnya berhempas-pulas untuk mempertahankan kuasa dan merebut kuasa.

5. Terkini politik negara di persimpangan jalan. Antara demokrasi dan keselamatan rakyat. Jika mengikut tradisi Demokrasi Berparlimen, apabila kerajaan hilang kepercayaan, maka Dewan Rakyat mesti dibubarkan dan Pilihan Raya Umum diadakan. PRU-15 yang ‘edah’nya tamat pada Mei 2023 terpaksa diawalkan. Ada pihak mendesak PRU-15 diadakan segera kerana bekalan vaksin Covid-19 akan diterima oleh kerajaan bermula bulan Februari ini. Tetapi banyak pihak juga tidak bersetuju dan membantah jika ia diadakan pada bulan Mac atau sebelum bulan Ramadan. Risiko ancaman Covid-19 tidak boleh ditentukan tahap nya. Keselamatan rakyat wajib diutamakan. Jika tiada PRU-15 dalam masa terdekat, pasti risiko terhadap rakyat tidak membimbangkan, walaupun bahaya tetap wujud. Tetapi jika diadakan PRU-15 juga dalam masa terdekat, risiko bahaya lebih terserlah. Perkara ini boleh dilihat melalui PRN Sabah baru-baru ini. Jika ini berlaku, siapa akan dipertanggungjawabkan? 

6. Ada pihak mendesak supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan Perdana Menteri. Jika tidak meletak jawatan sekarangpun, akan tiba masa Muhyiddin terpaksa meletakkan jawatan. Apa akan berlaku? DYMM YDP Agong boleh melantik Perdana Menteri baru yang mempunyai sokongan majoriti atau membubarkan Dewan Rakyat untuk memberi laluan pada PRU-15. Tetapi PRU-15 mustahil boleh diadakan dalam masa terdekat. Jika dilantik Perdana Menteri barupun nescaya sokongan majoriti juga tidak juah bezanya. Adakah kestabilan politik akan terjamin dan pelabur-pelabur akan kembali yakin? Ini juga belum dapat dipastikan.

7. Oleh kerana ‘edah’ PRU-15 adalah sehingga Mei 2023, masih ada masa sekitar 2 tahun sahaja lagi, maka pilihan DYMM YDP Agong boleh mempertimbangkan pengisytiharan darurat dengan melantik MAGERAN untuk mentadbir negara dalam tempuh sekitar 2 tahun, sebelum PRU-15 di ada kan. Tempoh 2 tahun ini adalah tempoh bertenang dan semua pihak wajib berganding bahu memulihkan kestabilan politik dan ekonomi negara. Fokus juga hendaklah diberi perhatian secara serius terhadap isu-isu nasional termasuk isu perkauman yang ‘mendidih’ kembali selain memperkasa kembali dasar-dasar nasional berpandukan kepada Perlembagaan. Kerangka politik begara juga boleh ditransformasikan kepada sistem 2 parti jika ia membantu kepada kesuburan amalan demokrasi negara. Ini juga boleh diertikan sebagai satu “reformasi politik” negara. Secara ringkas, semasa darurat 2 tahun, semua pihak diajak kembali ke “drawing board” untuk merungkai segala masaalah negara sebelum nasi menjadi bubur. Mereka yang berjiwa besar dan mempunyai semangat patriotisme negara, pasti menyokong cadangan ini.

8. Apabila DYMM YDP Agong memberi ampun perkenan dan mengisytiharkan darurat, seorang tokoh berwibawa, bersih, berpengalaman dan boleh diterima semua pihak hendaklah dilantik menjadi Pengarah MAGERAN selama tempoh sehingga PRU-15 diadakan. Sewajarnya Mei 2023 iaitu cukup edah 5 tahun selepas PRU-14. 

9. Parti PUTRA adalah parti politik yang tegas dengan pegangan prinsip demokrasi dan tegas menjunjung keselamatan rakyat dan negara. Pertimbangan cadangan ini dibuat dengan mengambil kira prinsip-prinsip tersebut, sebagai formula bagi menyelesaikan kerenah politik semasa, ancaman Covid-19 serta ekonomi rakyat dan negara yang semakin teruk dan tenat.

Cadangan dan pendirian ikhlas demi agama, bangsa dan negara. 

PUTRA PERKASA NEGARA.

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden PUTRA

10 Januari 2021

Tags: DaruratIbrahim AliPRU-15PUTRAYDP Agong
Previous Post

MUHYIDDIN HILANG MAJORITI SEBAGAI PERDANA MENTERI, WAJAR LETAK JAWATAN

Next Post

KABINET GORENG PISANG?

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

STOP DISPUTING THE MALAY RIGHTS – PUTRA

STOP DISPUTING THE MALAY RIGHTS – PUTRA

January 27, 2021
PARLIMEN KINI BOLEH DIBUBARKAN MELALUI KUASA PREROGATIF YDP AGONG

PARLIMEN KINI BOLEH DIBUBARKAN MELALUI KUASA PREROGATIF YDP AGONG

January 26, 2021
SUATU PENGENALAN STRUKTUR ASAS PERLEMBAGAAN DARI PERSPEKTIF MALAYSIA (SIRI I)

SUATU PENGENALAN STRUKTUR ASAS PERLEMBAGAAN DARI PERSPEKTIF MALAYSIA (SIRI I)

January 25, 2021
TIDAK WAJAR DARURAT 2021 HANYA DIHADKAN UNTUK COVID-19 SAHAJA

TIDAK WAJAR DARURAT 2021 HANYA DIHADKAN UNTUK COVID-19 SAHAJA

January 24, 2021
ADAKAH KES AKAN MENCECAH ANGKA 7000?

ADAKAH KES AKAN MENCECAH ANGKA 7000?

January 24, 2021
PAKAR PERLEMBAGAAN: PARLIMEN BOLEH BERSIDANG KETIKA DARURAT

PAKAR PERLEMBAGAAN: PARLIMEN BOLEH BERSIDANG KETIKA DARURAT

January 23, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In