KERAJAAN PERLU WUJUDKAN DASAR EKONOMI DAN HALATUJU YANG JELAS

368
SHARES
2.2k
VIEWS

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Hyundai keluar dari Malaysia bukan sebab Covid-19. Dan bukan juga semata-mata sebab ketidakstabilan politik.

Hyundai keluar kerana dasar. Dasar Jokowi adalah mengutamakan teknologi hijau termasuk penggunaan kereta elektrik. Jokowi sasar penggunaan EV (kenderaan elektrik) buatan tempatan di jalan raya Indonesia adalah sebanyak 20 peratus atau 2.5 juta buah dalam tempoh 5 tahun.

Bila ada komitmen sebegini dan pasaran pula luas, maka pelabur akan masuk. Dasar ini akan bagi impak kepada sistem aliran kewangan sedia ada terutama pembiayaan perbankan bagi kenderaan dan charging stations.

Jokowi pula perkasakan dasarnya melalui 100 peratus ‘tax holiday‘ bagi cukai pendapatan korporat dengan tambahan 2 tahun diskaun 50 peratus apabila tempoh tax holiday tamat.

Sebab itu pelabur berlumba-lumba ke Indonesia.

Setakat ini komitmen pelaburan Hyundai adalah sebanyak USD1.5 bilion bagi tempoh 10 tahun.

Tetapi sebenarnya bukan Hyundai sahaja, banyak lagi pembuat kereta lain yang sudahpun bagi akujanji.

Antaranya Toyota (USD2 bilion) dan Tesla. Serta beberapa lagi pembuat kereta lain yang masih dalam rundingan dalaman.

Itulah fungsi kerajaan. Membuat dasar. Kalau kerajaan stabil tetapi dasar tidak ada, tidak berguna juga.

Macam kerajaan kita hari ini. Apa dasarnya? Yang ada adalah meneruskan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Tetapi WKB 2030 ini sudah terbukti tidak berkesan pada zaman Pakatan Harapan. Kenapa hendak diteruskan lagi? Sudahlah ada ‘sentuhan‘ DAP di dalamnya. Kata benci DAP?

Mana dasar ekonomi kerajaan hari ini? Dahulu kita ada “Blue Ocean Strategy“, ada Dasar Transformasi Komuniti, ada Model Ekonomi Baru. Anda menyampah sekalipun dengan kerajaan lama, kejayaan dan kemakmuran itu benar-benar kita semua rasa.

Kerajaan hari ini perlu ada legasi ekonomi sendiri. Legasi ini akan menunjukkan originaliti dan wawasan kerajaan. Tanpa perkara ini, pelabur sukar hendak membuat keputusan.

Jemin tu buat kerja apa sebenarnya?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts